Kalau korang tengah nak gather info, apa yang diperlukan untuk pergi ke Dabong bersama anak kecik especially baby – korang dah datang dekat tempat yang betul. Dalam entri ini, aku akan share dengan korang pasal:
- Cara nak beli tiket train *sleeper train* dari Gemas ke Dabong termasuklah dari segi kos dan waktu perjalanan untuk dewasa, kanak-kanak serta baby
- Bagaimana nak berjalan-jalan di Dabong – pakai kereta sewa ke?
- Aktiviti menarik yang boleh buat di sana terutama bila ke Dabong dengan anak kecik
- Tips pilih sleeper bed terbaik
…dan banyak lagi. Secara umumnya, aku akan kongsi sekali itineray aku sepanjang di Dabong 3 hari 2 malam dengan korang. So tanpa membuang masa lagi, jom baca perkara penting yang pertama ni dulu!
1. Cara Beli Tiket KTMB *sleeper train* dari Gemas ke Dabong
Untuk ke Dabong dengan sleeper train, kau hanya boleh akses benda ni dari stesen kereatapi di area Johor dan Gemas sahaja. Tak ada langsung sleeper train selain dari tempat-tempat ini. Untuk yang duduk Selangor macam aku, kau kena naik train dari Gemas iaitu kawasan yang paling dekat untuk orang Selangor.
Cara nak pergi Gemas pula ada 2 cara iaitu kau boleh naik ETS dari KL Sentral dan terus turun di Gemas. Atau kalau kau rajin macam aku, bolehlah drive sendiri terus ke Stesen KTMB Gemas. Tapi sejujuranya aku tak cadangkan option kedua. Kalau nak tahu kenapa, kau boleh baca post ni sampai habis.
Tiket ke Dabong dari Gemas hanya ada satu waktu sahaja iaitu pada jam 1.00 pagi. Kau di jangka sampai pada jam 9.00 pagi. Ini plus minus.
Aku pergi Dabong pada cuti sekolah akhir Mei-awal Jun. To be exact pada tarikh 30 Mei sampai 1 Jun. Tiket sleeper bed aku beli sejak dari Disember pada tahun sebelumnya.
Aku beli tiket sleeper bed untuk tarikh 30 Mei pada bulan Disember tahun sebelumnya. Waktu tu, aku cuma beli tiket sehala SAHAJA sebab tiket keretaapi untuk bulan June belum keluar. Ia akan keluar masa bulan Januari.
Tiket untuk trip 6 bulan pertama akan keluar. Maksudnya kalau korang nak travel pada bulan April, sebaiknya beli tiket 6 bulan sebelum. Gerabak sleeper bed hanya ada 2-3 gerabak sahaja. Jadi memang sangat limited. Jadi korang kena alert. Untuk trip aku bersama suami dan anak-anak ini, aku hanya turun di Dabong – tapi aku tak balik dari Dabong. Sebab, dari Dabong aku teruskan perjalanan ke Wakaf Bharu.
So secara ringkasnya, aku hanya beli tiket sehala sahaja dari Gemas ke Dabong. Bagi perjalanan balik pula, aku beli sleeper bed jugak cuma perjalanan adalah dari Wakaf Bharu ke Gemas. Aku ada kongsi pasal details perjalanan aku khas bagi Wakaf Bharu dalam entri yang lain. Kau boleh baca untuk Wakaf Bharu tu dekat sini : Dari Dabong ke Wakaf Bharu: Apa Ada di KB?
Untuk beli tiket keretaapi KTMB, korang boleh akses secara online. Aku kongsi cara yang aku sendiri buat iaitu korang boleh download apps “KTMB”. Kalau korang belum register, boleh daftar untuk buat akaun dekat apps KTMB dulu. Lepas tu, terus search untuk train dari Gemas ke Dabong. Sangat mudah!
Dari segi harga, bila korang ada kids, harga akan auto berubah bila korang nak bayar online. Dia akan jadi harga kanak-kanak. Untuk baby, free sahaja. Yela, bukannya baby tu tidur sorang pun katil kan, dah kenapa nak bayar~
Harga tiket sleeper bed dari Gemas ke Dabong:
- Katil bawah (dewasa) RM42
- Katil atas (dewasa) RM36
- Katil bawah (kanak-kanak) RM31
- Katil atas (kanak-kanak) RM25
Total harga tiket sleeper bed aku untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak (umur 7 dan 3 tahun) dari Gemas ke Dabong (sehala sahaja) ialah RM134. Kau tak perlu print out tiket. Dalam apps tu kau akan dapat e-ticket. Nanti just kena scan je tiket dari handphone.
Kalau korang tak jelas, korang boleh tengok video dekat bawah ini untuk cara beli tiket sleeper bed dari Gemas ke Dabong:
2. Tips Pilih Sleeper Bed Terbaik
Tonton Video Suasana Sleeper Train Malaysia to Dabong
Sebelum korang beli tiket, aku nak highlight kan info penting yang korang kena tahu:
- Gerabak yang ada tempat tidur ialah coach T6, T7 dan T8
- Coach T8 adalah yang paling depan sekali – depan dia tu kepala keretaapi
*inilah coach yang aku beli*
- Untuk dapat view yang cantik, boleh ambil –
COACH T8, KATIL 17 (katil atas), 18 (katil bawah), 19 (katil atas) DAN 20 (katil bawah).
Aku dapat tips ini dari sharing yang aku pernah baca from orang-orang yang dah pergi Dabong. And yes, betul ya hahaha. Nasib baik aku follow tips diorang. Aku memang beli coach T8 dan aku tapau sekali katil 17 sampai 20. Aku pergi trip ni dengan suami aku, dan 3 orang anak-anak masing-masing umur 7 tahun, 3 tahun dan baby 8 bulan.
Berbalik kepada coach tadi, mengikut pemerhatian aku – coach T8 adalah yang paling bersih sekali berbanding T6 dan T7. Sebabnya, coach T8 kan bahagian depan, siapa je nak menapak kat sini. Bilik air pun bersih berbanding dua coach tu lagi. Coach T6 depan dia gerabak kafe. Kalau korang nak lepak kafe selalu, boleh pilih yang ini.
Cuma ada satu je kekurangan T8 ini iaitu disebabkan dia dekat dengan kepala keretaapi, jadi kau akan selalu dengar bunyi hon keretaapi itu. Tapi aku okay je, anak-anak pun nyenyak je tidur walaupun selalu hon tu bunyi.
Itu dari segi coach atau gerabak. Kalau dari segi pemilihan katil dia pula, untuk katil atas (upper berth), tingkap dia kecik. Memang tak puas nak tengok pemandangan. Nak view cantik, pilihlah katil bawah (lower berth). Tips paling berguna yang aku dah apply – nak view cantik dan selesa, pilih Coach paling pertama dan katil 18 serta 20 (lower berth) – katil ni semua bahagian tengah-tengah dan katil bawah. View memang awesome!
ps: Kalau kau bukak apps, ada sampai coach T7 je – maksudnya itu la gerabak yang paling hujung untuk tempat tidur.
3. Cara Nak Jalan-jalan Kat Dabong
Lepas ni aku akan bagitahu pengalaman aku sendiri ke Dabong. Dari situ korang boleh discover tempat menarik Dabong yang sesuai untuk korang dengan anak kecik dan baby. Aku ada buat sekali post lengkap mengenai ini serta details untuk each tempat iaitu: Tempat Menarik Dabong yang Sesuai untuk Anak Kecik dan Baby. Kalau korang nak baca lengkap, make sure baca dekat situ tau.
So macam mana nak jalan kat Dabong? Lepas turun je keretaapi, adakah kereta sewa akan menunggu? Atau Grab?
Penting untuk tahu bahawa Dabong ialah kawasan kampung yang sangat tenang dari hiruk pikuk macam bandar. Malah di sini, kau takkan jumpa stesen minyak even yang kecik sekalipun. Boleh bayangkan la kan tempatnya. Kalau Grab, memang takde la ye kat sini.
Untuk kau akses Dabong, kau perlukan yang di panggil “pengasuh”. Kira macam driver koranglah. Selain jadi driver, “pengasuh” sangat berguna sebagai tour guide korang. Dari segi korang nak pergi mana kat Dabong tu, korang boleh pilih sama ada nak susun sendiri jadual atau serahkan 100% kat “pengasuh” untuk mereka uruskan. Pagi, tengahari dan malam nak ke mana – boleh serah pada “pengasuh” untuk dia atur. Macam aku, pilihan aku adalah – hybrid. Aku tanya “pengasuh” tempat mana best, aku minta dulu jadual yang dia suggest – dan lepas tu aku adjust ikut preference aku. “Pengasuh” aku baik. Dia boleh tolerate dengan any changes. Memandangkan dia pun kata, aku hanya small family, so senang dia nak cater.
Selain dari tu, “pengasuh” aku uruskan semua urusan untuk tempahan penginapan di Dabong. Semua dia yang contact dan cari. Tapi dia tanya aku dulu either aku bersetuju atau tidak. Sebenarnya, aku book pengasuh lain iaitu namanya Pengasuh Amri. Tapi aku sedih sebab sehari sebelum perjalanan dia kata, aku kena pergi dengan pengasuh lain. Kira macam dia pass aku. Sedih dan kecewa ye. Tapi hidup mesti diteruskan. Aku dapat pengasuh yang lain iaitu seorang perempuan. Alhamdulillah pengasuh aku baik. Cuma aku tetap kecewa dengan attitude Amri tu. Janji lain, buat lain. Yes, dia uruskan semua awal. Cuma at least kalau dia tak boleh attend, cakap awal-awal yang dia akan pass aku kat orang lain. Sebab tak boleh attend tu pun kerana dia ada klien lain. Like seriously? Kalau dah fully booked, cakaplah dari awal kan, jangan accept je.
Nevermind. *flip tudung*
Jadi aku cuma akan share pengasuh yang aku deal kat Dabong tu je iaitu namanya Pengasuh Norisah. Kau boleh contact Pengasuh Norisah untuk dia uruskan semua urusan kat Dabong (sebelum, semasa dan selepas – kalau ada) serta angkut kau ke sana ke sini di sana, ini nombor dia +60136907857. Pengasuh Norisah sangat baik dan mudah baso.
Kos upah pengasuh untuk satu kereta bagi 3 hari 2 malam ialah RM500. Biasanya ikut kepala, tapi aku sebab pakai kereta – jadi kira macam tu. Apa-apa hal nak tanya kos, kau PM terus pengasuh.
4. Pengalaman & Itinerary Kat Dabong
Dah masuk part yang best iaitu itinerary aku sendiri di Dabong. Jom!
29 Mei – Train to Dabong [Dari Kajang ke Gemas]
Petang
Pada awalnya, aku cadangkan dekat suami untuk pergi ke Gemas dari Kajang dengan menaiki KTM ke KL Sentral dan kemudian naik ETS dari KL Sentral terus ke Gemas. Tapi suami aku kata, dia nak drive sendiri ke Gemas. Perjalanan dari Kajang ke Gemas mengambil masa hampir 2 jam. Tiket train aku adalah pada 30 Mei jam 1.17 pagi.
Jadi aku bergerak dari Kajang pada 29 Mei, jam 6.30 petang. Aku stop sekejap dengan R&R Seremban untuk solat jamak qasar bagi Maghrib dan Isyak, sekali pakej makan malam. Kemudian perjalanan diteruskan ke Gemas.
Sejujurnya, aku dan suami memang menyesal memilih driving sendiri ke Gemas. Sebab:
- Kawasan Stesen KTMB Gemas agak ke dalam which is kalau kau tak biasa drive area kat sini, kau akan dalam ketakutan sedikit. Jalan dia sunyi. Ada la kau jumpa few bandar. Kalau kau nak jugak drive, kena gerak awal sikit. Jangan terlalu lewat. Kau kena ada dekat stesen at least 15 minit sebelum waktu tiket train kau. Jadi kau boleh manage masa kat situ.
- Bila kau sampai terlalu awal, kau akan kebosanan menunggu. Kat Stesen KTMB Gemas memang takde apa sangat pun. Nak pulak kau datang malam, memang semua kedai dah tutuplah. Kalau siang boleh lagi kill the time.
Jadi resolution aku adalah kalau nak mudah silalah naik ETS dari KL Sentral ke Gemas. Kalau kau naik ETS, kau akan sampai Gemas pada jam 12.00 malam macam tu. So lagi senanglah untuk kau kill the time, terutama sekali bila kau travel dengan anak kecik.
Malam
Kepada kau yang nak drive sendiri, kau boleh je open parking dekat Stesen Gemas. Takde kena bayaran apa-apa. Semua atas risiko sendiri. Aku sampai Stesen Gemas pada jam 10.30 malam. Memang masa sampai tu, hanya ada keluarga aku sahaja. Tak ada lagi penumpang lain. Start jam 12.00 malam ke atas barulah penuh stesen KTMB Gemas itu.
30 Mei – Duduk dalam Perut Train
Tengah Malam
Setelah berjam-jam aku kill the time, akhirnya platform di buka pada jam 12.45 tengah malam. Terus la kami berpusu-pusu masuk platform. Tapi bukan boleh terus naik pun, kena tunggu lagi keretapi sampai. Masa ni keretapi sampai pada masa yang dijanjikan. Untuk sleeper train, kau punya gerabak bahagian depan. Jadi bila kau turun kat platform, terus pergi tunggu dekat kawasan area kepala keretapi tu untuk menjimatkan masa kau nak heret segala luggage dan beg yang ada.
Awal Pagi
Urusan check in dalam keretapi sangat mudah. Bila sampai je, kau terus masuk dan rilek atas katil. Lepas keretapi dah berjalan, akan ada staff yang datang untuk mintak tiket. Masa ni kau tunjuk je la tiket dalam apps dan dia akan scan. Kemudian dia akan take note kau nak turun mana. Sebab staff akan round dalam gerabak bila nak sampai destinasi dan diorang akan cakap “Dabong, Dabong”. Gitu!
Jadi apa tunggu lagi? Sekarang masa untuk tidur! Aku tidur dengan baby. Anak sulung aku iaitu Zehraa, tidur katil atas. Dia tidur nyenyak weh, hahaha. Untuk anak nombor dua aku yang bernama Wardah – kami ada sediakan katil atas untuk dia tetapi dia tak nak tidur situ. Jadi dia tidur sekatil dengan Babah dia di bahagian bawah. Susunan katil kami adalah atas bawah dan saling berhadapan bersama-sama. Katil atas yang sepatutnya Wardah tidur, kami letak semua barang-barang beg serta luggage kami.
Pagi Subuh
Alhamdulillah dah nampak sikit suasana dekat luar. Bangun pergi toilet untuk bersihkan diri dan solat Subuh atas keretapi. Sepupu aku kata, nanti keretapi akan berhenti sekejap dekat Gua Musang. Di situ ada nasi kerutup daging yang sedap. Aku pun tunggu je la untuk sarapan nasi kerutup tu.
Pagi
Zehraa dengan aku je yang berjaga. Lain-lain masih tidur. Aku ajak Zehraa teman aku untuk turun ke Stesen KTMB Gua Musang. Keretapi memang berhenti sangat sekejap. Dalam 10 minit macam tu? Tapi takde rezeki aku, nasi kerutup tak ada. Habis! Aku cuma beli karipap, Zehraa amek roti hotdog dan aku amek sekali nasi gulai ayam goreng walaupun sebenarnya aku tak nak makan dan yes memang aku tak makan sebab aku dah kenyang makan karipap! Hahaha
Aku settle je beli, keretapi dah bunyi hon. By the way, suasana kat sini dah start dipenuhi nature. Cantik weh! Sepanjang dalam keretapi view memang menenangkan je. Dah rindu nak pergi lagi. Aku makan kat kafe dengan Zehraa – bonding time.
Masa ni semua anak-anak dah bangun dan masing-masing dan start restless dalam keretapi. Aku pun fikir takpela, kejap lagi je dah nak sampai. Tapi rupanya dah pukul 9.30 pagi pun masih belum sampai seperti yang dijanjikan. Bateri handphone dah kong. Aku plak lupa nak bagi nombor telefon suami aku dekat pengasuh. Cuma aku ada bagi nombor pengasuh je dekat dia. Aku pun fikir macam mana la nanti pengasuh tu mesti tengah tunggu. Tapi disebabkan kami pun restless menanti bila sampai, jadi semua a lil bit serabut sikit hahaha
Alhamdulillah setelah berkematu, sampai jua ke Dabong! Ya Allah hirup udara segar, seronoknya. Panas? Biasa je. Panas lagi Kajang. Benda pertama aku aim ialah bilik air dan tukar pampers anak aku. Tapi sedihlah, baru sampai je aku dah ada bad impression pasal Dabong. Bilik air dia kotor giler weh dan takde air! Takpelah, tahan sekejap. Salin pampers anak pun terpaksa dekat tempat amek wuduk di surau kat KTMB Dabong tu.
Suami aku terus hubungi Pengasuh Norisah, rupanya dia dah tunggu dekat situ dari 9.30 pagi. Tapi dia okay je sebab dia tahu kadang-kadang memang train datang lewat dari waktu yang dijanjikan. Pengasuh aku bawak kereta Exora – cukup selesa untuk aku 5 beranak. Jadi lepas sampai je Pengasuh Norisah bawak kami semua makan nasi berlauk.
Aku tak tahu konsep makan ni macam mana, tapi dari pemerhatian aku kedai-kedai yang pengasuh ni bawa, semua belanja pengasuh ni makan. Kira bukan kita la yang keluarkan duit untuk makan minum pengasuh sepanjang perjalanan. Konsep ni macam affiliate, kau suggest kedai kat orang dan kau akan di beri komisen. Dalam hal ni komisen dia ialah makan free tu la untuk pengasuh. Total makan pertama di Dabong – nasi berlauk ialah RM20 sahaja. Murah weh pada aku. Lepas makan, bertolak ke Gua Ikan.
Tengahari
Tengahari rembang, kami terus di bawa ke Gua Ikan. Sampai Gua Ikan, kena bayar tiket masuk iaitu RM5 dewasa dan RM2 kanak-kanak. Aku uruskan anak-anak untuk salin ke pakaian yang lebih sesuai bagi aktiviti di Dabong. Chewah, aktiviti la sangat hahaha. Takde la, bagi baju yang selesa. Dah berkuap dalam keretapi, dengan sampai dan tak mandi. Bagi la selesa. Dalam train boleh pakai sweatshir sebab ada aircond. Dah keluar panas rembang, ganti yang lagi sesuai.
Fasiliti dekat Gua Ikan, semua ada dari segi tandas dan surau. Sama macam di stesen tadi, tandas kotor walaupun kali ni ada air. Di Gua Ikan, untuk korang yang suka nak explore gua, boleh join aktiviti caving. Gua Ikan ada 3 lagi gua yang extreme. Kalau keluarga korang suka aktiviti extreme macam ni, boleh sign up untuk buat caving. Selain itu, ada aktiviti panjat gua. Semua ini akan ditemani dengan orang-orang yang ada tauliah. Tak boleh pergi dan buat sesuka hati.
Pengasuh aku cerita, dia pernah bawak orang yang ada anak-anak lingkungan usia 13 tahun ke bawah. Dari mak ayah sampai anak – semua satu keluarga join aktiviti extreme di Gua Ikan.
Untuk aku, kami pilih santai je. Jalan-jalan dalam Gua Ikan, melihat kebesaran Allah swt. Dikatakan Gua Ikan ini dahulunya penuh dengan air. Mengikut Pengasuh Norisah kongsi, kira-kira 10 tahun dulu – Gua Ikan tak boleh nak masuk sampai dalam. Hanya boleh dari luar sahaja sebab bahagian dalamnya penuh dengan air. Lama kelamaan air surut. Dulu Gua Ikan gelap gelita, even air dah surut pun – tetap tak bukak sampai ke dalam untuk umum. Kemudian ada inisiatif pasang lampu dalam gua – maka jadilah terang.
Dalam gua ini korang akan jumpa dengan pelbagai jenis batu-batuan yang menyerupai hidupan laut. Malah masih ada tanah yang basah di dalam gua ini. Bagus untuk mengajar anak-anak mengenai ciptaan Allah yang satu ini iaitu gua.
Haa aku lupa nak cakap, bila korang ada pengasuh – korang tak yah risau bab gambar sebab pengasuh akan tolong snap kan gambar kenang-kenangan korang bersama keluarga. Aku sempat grab fridge magnet di Gua Ikan sebagai kenangan.
Settle dekat Gua Ikan, kami bergerak terus ke Lata Kertas. Dikatakan di sini, tak boleh mandi manda sebab air nya dalam bentuk jeram yang berpusar. Ada banyak kes lemas yang kebanyakan dari orang luar – bukan orang tempatan Dabong. Kau memang boleh terpukau dengan keindahan di Lata Kertas. Kawasan ini telah dikomersialkan untuk kawasan yang cantik bagi ambil gambar. Disediakan mercu tanda Lata Kertas. Selain itu, ada jambatan gantung.
Masa aku datang ada la beberapa orang yang mandi manda. Pengasuh Norisah cakap memang bahaya mandi kat situ. Semoga baik-baik je mereka.
Dekat sini aktiviti kami hanya ambil gambar sepuas hati serta menikmati pemandangan ciptaan Allah swt. Masa dekat Lata Kertas, si Wardah dah start tak selesa. Kami masih belum dapat check in lagi ke Stong Hill Resort. Aku tanya jugak pengasuh, kot la boleh check in awal – tapi dia kata tak boleh. Takpela, tunggu la pukul 3.00 petang baru dapat masuk resort.
Selesai bergambar, perjalanan diteruskan. Waktu ni pengasuh tanya nak cuba pergi karipap mini viral? Aku pun, ok je. Beli untuk kudapan makan coz next destination ialah Sungai Kenerong. Kat sini tujuan utama adalah mandi manda.
Sungai Kenerong ialah kawasan yang menempatkan penempatan untuk pelajar yang belajar pondok. Bukan pondok sekolah tau. Ada pelbagai lapisan umur. Siapa nak tadah kitab, boleh datang di sini. Merekalah yang jaga Sungai Kenerong. Tiada bayaran dikenakan. Nak pacak khemah pun boleh di sini. Bayaran seikhlas hati – kalau nak. Selain itu ada disediakan rumah macam pondok, pun duduk percuma je. Tapi tak ada eletrik ya. Dekat sini mereka hanya gunakan generator sahaja. Cantik sungai kat sini. Air bersih, jernih dan paling best ya Allah sejuk giler weh air dia! Mengikut pengasuh, air sungai dekat sini tak sama dengan sumber air dari Sungai Kelantan.
Kawasan sungai yang berbatu dan luas. Memang tak puas mandi dekat sini. Kalau ikut macam nak sekali lagi je mandi. Tapi pengasuh kata, esok kita tak lalu dah jalan sini. Jadi mandi la puas-puas. Oh ya, di dalam Sungai Kenerong ni langsung tak ada line telefon tau. Fasiliti asas seperti surau dan tandas semua ada disediakan. Nak beli snack untuk buat makan pun ada. Peraturan utama di sini hanyalah – pakai pakaian yang menutup aurat dengan baik.
Pengasuh kata bila petang, akan berkumpul pelajar pondok mandi di situ. Kadangkala pakai kain pelikat je berendam! Ya Allah tak sejuk ke weh, hahahah. Anak-anak puas mandi manda di sini termasuklah aku ye. Suami aku memang perhati je. Dia pun geleng kepala tengok aku yang lagi kanak-kanak. Dia tahu isteri dia ni memang suka aktiviti berkaitan air.
Habis aktiviti mandi manda, aku ingat nak check in terus. Waktu pun menunjukkan dah hampir kepada check in. Tapi pengasuh ajak makan Mee Udang Kak Nah yang viral tu dulu. Ikutkan aku memang dah letih giler. Anak-anak sekali. Suami aku cadangkan untuk proceed je memandangkan perut pun agak lapar sedikit dan esok dah takkan lalu area sini dah.
Aku dan suami sahaja yang makan. Zehraa tidur kat kedai. Wardah pula di layan dengan baik oleh pengasuh. Zulqarnain pun pengasuh tolong asuh sekejap, hahaha. Mee udang dia biasa je pada aku. Udang dia memang besar gedabak la weh. Ada mee udang biasa dan mee udang special. Beza dia ialah dari segi kuantiti udang. Kalau special ada 7 ketul udang. Nak selain mee pun ada. Bihun, maggi dan yang sewaktu dengannya.
Masa aku sampai, orang dah tak berapa sesak. Hari pun dah nak petang sangat. Total makan mee udang (1 biasa + 1 special) ialah RM45. Air amek yang free flow, ada air sirap, teh o dan air masak. Perut pun dah sedap, marilah tidur. Eh tak boleh, dah asar!
Marilah check in. Bila nak masuk Stong Hill Resort, mulalah Gunung Stong menampakkan wajah. Air terjun tertinggi di Asia Tenggara pun kelihatan semakin mendekat. Pengasuh bagitahu, kalau ada orang dekat kawasan air terjun iaitu di panggil sebagai Kem Baha – memang boleh nampak dari kejauhan orang-orang itu.
Kem Baha korang boleh cuba untuk hiking untuk menikmati sunrise dan awan karpet dari situ. Kalau korang stay Stong Hill Resort, dah mudah sebab disinilah check point nak naik Kem Baha.
Sampai je di Stong Hill Resort, aku dah rasa kedamaian dan ketenangan. Di sini ada dalam 5-6 je penginapan. Jadi kalau nak booking kena segera. Penginapan yang ada adalah dari jenis chalet, dorm dan rumah yang besar boleh memuatkan keluarga besar. Kalau nak yang bawah dia ada sungai boleh amek macam aku iaitu chalet namanya Madu 1.
Cuma dari segi keselesaan untuk 5 beranak, agak sempit. Tapi takpelah, semalam je. Sebenarnya aku nak 2 malam, tapi dah penuh. Cuma dapat 1 malam iaitu pada 30 Mei sahaja. Esoknya aku akan keluar dah check in tempat lain pula.
Receptionist kat sini 24 jam tau. Mengikut Puan yang jaga kaunter kata, kalau dia takde di sini – boleh cari dia kat atas je. Oh rupanya dia duduk situ je. Masa aku kat sini ada sekolah dan pelajar universiti sedang beraktiviti dan menginap di situ untuk tujuan hiking ke Kem Baha pada keesokan harinya. Tak ada la rasa sunyi sangat.
Dari segi makan, nak mudah just order saja dari Mek Ani Jelawang – pihak resort akan bekalkan nombor telefon untuk korang WhatsApp je Mek Ani. Sarapan, makan tengahari dan makan malam semua boleh order je. Nanti Mek Ani akan COD dekat penginapan korang.
Petang tu aku bawak sekejap anak-anak jalan menikmati pemandangan air terjun gunung stong. Briskwalking. Kalau tak kang semua tidur asar. Tak larat dah nak mandi sungai walaupun sungai kat bawah tu je. Puas dah mandi di Sungai Kenerong.
Makan malam, kami order siap-siap dekat Mek Ani. Tamat sudah untuk hari ini. Sambung esok.
31 Mei – Hari Kedua di Dabong
Kau tau tak apa yang aku sesalkan? Menyesal tak bawak anak-anak tengok bintang dekat Stong Hill Resort! Warghhh. Ingat senang ke nak pergi kawasan yang low light pollution? Hmmm itulah yang aku kesalkan. Cuma bila fikir balik, takpela – semua dah penat kan, ketiduran dah. Aku ni bukan apa, kesian anak-anak aku, duduk kawasan bandar yang dah dicemari dengan lampu sampai bintang pun susah nak nampak. InshaAllah lain kali la ye anak-anak. Mak kau ni pun penakut, hahaha.
Tibalah waktu pagi. Aku biarkan anak-anak dan suami tidur. Aku keluar awal sikit dan nikmati waktu pagi yang berkabus serta sejuk di sini. Ah, nikmat mana lagi yang kau dustakan. MasyaAllah. Dekat sini, korang boleh buat air panas kalau nak. Pihak Stong Hill Resort ada sediakan cerek eletrik untuk masak air. Suami aku pun ada beli kopi 3 in 1, jadi ayuhlah bancuh!
Ya Allah inilah me time yang sangat nikmat untuk aku. Sarapan pagi suami aku dah order siap-siap dari Mek Ani. Bila sarapan sampai, kopi aku pun habis. Aku ajak suami dan anak-anak untuk sarapan di luar. Muka semua sembab baru bangun tidur dari bapak sampai anak – termasuk aku la.
Anak-anak aku tengok sungai pun tak kisah dah. Sebab semalam dah puas mandi kan. Irama sungai macam jadi melodi biasa je untuk kami padahal baru sehari je eh kat Dabong. Selesai makan, aku ajak semua sekali lagi briskwalking untuk ambil angin pagi.
Kami memang santai je. Tak rushing. Bawak anak kecik, nak rushing memang habislah kau. Jadi mental karang. Kena ikut pace budak-budak. Kalau ikut pace aku dengan suami, habis diorang – Kem Baha pun aku lenjan. Cewah~
Pagi tu aku tegur pelajar universiti yang mana diorang dari UiTM Terengganu. Katanya nak hiking Gunung Stong! Oh kisahnya, bukan Kem Baha je. Tapi puncak Gunung Stong sekali. Tengok diorang, mengimbau zaman muda mudi ku dulu. Ah syahdu. Kini aku menjadi singa kepada anak-anak singaku. Hahaha
Aku memang suka dekatkan anak aku dengan nature. Kalau boleh aku nak banyakkan lagi trip macam ni. Kami seronok tengok anak-anak main tanah, pasir dan berkejar-kejaran dengan alam semulajadi. Pagi tu aku biar je anak-anak aku explore kat situ. Diorang main hammock. Gaduh? Biasa la tu. Nama pun anak singa. Dah Mak dia singa gak.
Kami bersantai, dan mandi bersihkan diri. Tepat jam 12 tengahari, pengasuh datang untuk ambil kami dan bawa ke destinasi seterusnya iaitu Jelawang Pipe Resort. Tapi sebelum tu, kami di bawa ke mercu tanda Gunung Stong untuk ambil gambar di tengah panas lit lit itu. Nampak view air terjun weh!
Dah amek gambar, terus ke Jelawang Pipe Resort dan kami dekat sini dari jam 12 tengahari sampai 3 petang. Actually aku tak sangka dia nak tinggalkan lama. Sebab aku tak prepare pun untuk nak lakukan any activities yang ada dekat sini. Tapi takpelah, sebab aku tengok memang best tempatnya.
Di Jelawang Pipe Resort, tiket masuk RM5 satu kereta.
Dekat sini ada pelbagai aktiviti seperti:
- Mandi sungai *lagi*
- Flying fox
- ATV Extreme
- ATV biasa
- ATV budak
- Big swing
- Berkelah dan BBQ *boleh sewa pondok + pit BBQ disediakan*
- Mini waterpark *bayar lain*
Sebab dah kena sidai 3 jam, aku pun bincang dengan suami untuk sewa pondok. Sebenarnya kan, masa kami sampai tu belum ramai orang lagi. Banyak pondok kosong. Kiteorang main duduk je la. Kemudian suami aku nampak signboard ada tulis bayaran per jam pondok. Lahhhh, rupanya kena sewa! Hahaha
Kiteorang pun sewa la pondok. Sejam RM8, kalau 2 jam RM15. Letaklah semua barang di pondok. Anak-anak pun selesa. Tandas kat sini bersih ye, hehehe. Sungai yang ada memang seronok and ada keunikan iaitu ada ikan-ikan kecil yang akan mandi sekali dengan korang.
Aku tak bagi anak-anak mandi, so diorang cuma celup kaki sambil main ikan. Healing betul ye. Kiteorang nak bawak Zehraa main flying fox dengan ATV kena tunggu kejap kerana diorang tengah berehat tengahari. Jadi sambil tunggu tu, main kejaplah sungai dengan ikan.
Lepas je dah buka semula aktiviti, kiteorang tanya balik. Discuss semula, kami memutuskan untuk ATV sahaja sebab flying fox dia nampak tak berbaloi. Pada aku la~
Kalau korang nak flying fox atau big swing – korang boleh amek sekali pakej dengan drone. Nanti adalah kenangan video atau gambar untuk korang bawak balik atau upload sebagai content bagi ajak kawan-kawan lain meneroka bersama Dabong!
Nak ke tempat ATV, kena jalan kaki sikit ke bawah. Exercise la sekejap. Sampai je di kawasan ATV, rupanya ATV masih belum beroperasi sebab tengah berehat lagi. ATV kanak-kanak dah ada. Yang dewasa belum. Rancangan asal, Zehraa akan naik dengan Babah dia berdua. Tapi bila Zehraa dah nampak ada ATV kanak-kanak, dia nak bawak sendiri.
Ikutlah Zehraa. Walaupun Ibu tengok dah macam nak potong rumput je ATV kids tu. Pusing-pusing kat kawasan satu pokok. Hahaha.
Wardah tak nak cuba ATV, aku dah expect benda ni. Jadi aku dan Wardah menikmati aiskrim Malaysia sambil tengok kakak Zehraa potong rumput bersama ATV. Zulqarnain duduk diam-diam dalam stroller. Babah diorang, monitor Zehraa.
Habis je main ATV, eh dah pukul 3 petang. Pengasuh pun sampai. Kejap je eh masa dah nak habis. Aku nak amek gambar dekat signboard Jelawang Pipe Resort pun tak sempat hahaha. Tu la tadi rasa macam banyak masa sangat kan.
Seterusnya, kami terus di bawa check in ke Dabong Resthouse. Ini adalah rumah penginapan yang di bina oleh Majlis Daerah Dabong (MDD). Pengasuh kata, rumah ni memang dah lama ada. Dulu rumah kayu. Sekarang dah lebih selesa. Dabong ini dulu ramai warganegara asing je datang. Waktu tu, tak banyak penginapan yang ada di Dabong. Orang putih kalau datang Dabong mesti akan menginap dekat penginapan MDD ni. Orang putih datang tu biasanya akan buat aktiviti yang lasak-lasak. Tak mainlah setakat mandi Sungai Kenerong macam aku ni haaa.
Orang Malaysia tak berapa nak datang sangat Dabong. Mula popular lepas banjir besar dulu, barulah ada orang Malaysia datang. Tapi masalahnya masa aku datang Dabong, takde pulak aku jumpa mat salleh. Rupanya sejak dah tak ada keretapi dari Kuala Lumpur ke Dabong, mat salleh dah kurang datang. Tak silap aku, ada je train dari KL ke Dabong – tapi train duduk kot? Sleeper bed je memang takde dari KL. Kematu punggung weh kalau seharian dalam keretapi dalam posisi duduk. Memang taklah mat salleh nak mengematukan punggung dia. Tak kisahlah, yang penting orang Malaysia dah hargai Dabong, cewah.
Rezeki aku sebab setiap petang hari Sabtu, akan ada pasar malam berhadapan dengan guesthouse ni. Pasar malam ini ada waktu dia. Kalau Jumaat di Jambatan Kemubu. Sabtu dekat guesthouse.
Cakap pasal Jambatan Kemubu, pada awalnya takde dalam itinerary. Tapi aku cakap kat pengasuh, aku nak pergi. Pengasuh ok je. Jadi lepas letak barang di guesthouse, kiteorang terus pergi ke kawasan Jambatan Kemubu.
Jambatan ini ada dua tempat iaitu satu kawasan untuk rail keretapi. Disebelahnya pula ada kawasan untuk pejalan kaki dan motor. Besar dan panjang jambatannya. Bawahnya ialah Sungai Kelantan. Masa banjir besar, jambatan ini hancur sehancurnya! Ini barulah di bina semula dalam beberapa tahun yang lepas. Waktu hancur tu, Dabong dan Kemubu memang susahlah nak berhubungan. Kena akses dengan jalan yang agak jauh.
Niat aku datang sini nak amek gambar. Cuma rezeki aku takde luck sebab keretapi baru je lalu. Kononnya nak tangkap gambar sambil berlatarbelakangkan kepala keretapi. Tapi takpe, dapat tengok pun jadilah. Nak pergi sampai hujung, aku yang takut. Besar pulak sungainya. Aku bayangkan macam-macam. Hahaha
Dah amek gambar, maka baliklah semula kami ke guesthouse. Petang tu kami jalan-jalan isi perut di pasar malam. Buat pertama kalinya aku beli ayam kepak madu sebab tak nampak berhabuk ye ayamnya. Nampak bersih je. LOL
Suami aku blur masa ada peniaga cakap, “Satu ya,”
*muka blur*
“Seringgit,”
“Oh,”
Hahaha, kami gelakkan diri sendiri.
Elok je habis membeli belah, hujan pun turun. Waktu pun dah nak hampir maghrib. Kami terus berehat, mandi dan makan dalam bilik. Guesthouse dia selesa tau. Semua lengkap KECUALI tak ada TV je. Harga pun ok, satu malam RM120 sahaja. Sangat selesa dengan 1 katil queen dan 1 katil single. Nak iron pun boleh mintak.
Kalau semalam dekat Stong Hill Resort, kawasan sunyi. Hari ini kami ada di kawasan pekan. Ada la bising dia sikit. Dengar suara azan yang sangat dekat which is surau kat belakang guesthouse je.
Disebabkan kami hanya beli makanan yang simple masa di pasar, jadi malam tu kami keluar jalan kaki kat belakang untuk ke kedai makan. Masa datang tu, katanya tukang masak belum masuk kerja. Waktu tu masih jam 8.00 malam. Kami orang pertama yang sampai. Lepas tu sedikit demi sedikit orang datang.
Kau tau apa keunikan yang aku jumpa bila makan masakan panas di Dabong?
Dalam setiap makanan, akan ada SATU udang. Satu, bukan dua dan bukan tiga. Mesti akan ada SATU. Aku mula-mula ingatkan benda ni macam normal. Tapi bila aku dan suami teliti bersama, ya Allah memang itu trademark kat sini la! Akan ada SATU udang. Kau takkan jumpa 2, 3 dan 4. Pada aku, ini unik!
Orang Dabong semua baik. Diorang suka baby. Si Zulqarnain tu ada je orang nak offer tolong pegangkan masa kami nak makan. Aku siap boleh buat perbandingan tau orang Dabong dengan Kota Bharu, hehehe. Yela lepas Dabong ni kami akan ke Kota Bharu. Memang jelas ternyata ye perbezaan itu.
Masa taip ni pun aku rasa rindu Dabong. Kehidupan yang minimal dan ringkas. Less is more. Sebenarnya itu fitrah semua manusia. Hidup yang asas.
Elok habis makan, hujan gerimis turun. Kami pulang ke guesthouse dengan perasaan yang bercampur baur. Esok dah nak tinggalkan Dabong.
1 Jun
Keretapi kami untuk ke Wakaf Bharu dari Dabong ialah pada jam 9.37 pagi. Seawal pagi kami dah check out dari guesthouse. Aku minta pengasuh bawakkan ke tempat cenderahati. Kami beli baju dan fridge magnet sebagai kenang-kenangan. Kemudian aku minta pengasuh bawakkan ke signboard 0KM Dabong untuk amek gambar.
Kami tak sarapan sebab takut tak sempat. Hanya beli makanan ringan seperti roti sahaja bagi alas perut. Tapi tu la keretapi tak on time pun. Lambat sampai sejam. Aku amek sekali lagi gambar kenangan di stesen Dabong. Dapatlah tengok benchmark banjir besar dua kali yang pernah melanda Dabong iaitu pada Januari 1967 dan Disember 2014. Semoga Dabong terlindung dari banjir besar selamanya, aameen. Dabong adalah daerah yang paling tinggi di Kelantan. Jadi korang bayangkanlah, kalau Dabong yang tinggi boleh banjir – macam mana daerah lain? Allahuakbar.
Masa banjir Disember 2014, aku ada peluang datang Dabong untuk bantu mangsa banjir. Waktu tu, aku masih belajar di USM. Alhamdulillah, tak sangka selepas 11 tahun aku kembali sekali lagi bersama 3 orang anak dan suami untuk menikmati keindahan Dabong. Macam tak sangka secantik ini Dabong. Berbeza keadaan masa banjir yang kawasannya diselaputi selut dan lumpur – berwajah kekuningan! Subhanallah.
Keretapi yang dinantikan telah pun tiba. Selamat tinggal Dabong, sampai berjumpa lagi inshaAllah. Kini, aku meneruskan perjalanan ke Wakaf Bharu untuk terokai satu lagi sisi Kelantan. Next post: Jom Tengok Apa ada di Kota Bharu, Kelantan.
Ringkasan Itineray Trip Dabong 3 Hari 2 Malam:
30 Mei
- Naik train dari Gemas
- Tiba di Dabong
- Gua Ikan
- Lata Kertas
- Karipap Mini Viral
- Sungai Kenerong
- Mee Udang Kak Nah
31 Mei
- Mercu Tanda Gunung Stong
- Jelawang Pipe Resort
- Jambatan Kemubu
- Pasar Malam Dabong
1 Jun
- Kedai cenderahati
- Naik train ke Wakaf Bharu
5. Total Kos Perbelanjaan Penuh Sepanjang di Dabong 3 Hari 2 Malam
Sekarang kau akan go through pula berapa banyak kos yang telah aku belanjakan sepanjang di Dabong. Bolehlah korang jadikan rujukan! Let’s go.
PERKARA | KOS (RM) |
---|---|
Tiket Keretapi Gemas-Dabong Sehala (2 Dewasa 2 Kids) | 154 |
Pengasuh | 500 |
Stong Hill Resort (1 malam – Chalet Madu 1) | 150 |
MDD Guesthouse (1 malam – bilik bawah) | 120 |
Makan-makan | 246 |
Aktiviti (ATV, tiket masuk gua, sewa pondok dll) | 48 |
Cenderahati | 154 |
Lain-lain (makanan ringan dll) | 50 |
TOTAL | 1,422 |
Semoga perkongsian aku ini dapat membantu korang untuk lakar perjalanan ke Dabong nanti bersama anak-anak. Kalau korang suka dengan sharing yang berkaitan travel dengan anak-anak, aku nak jemput korang untuk subscribe blog aku so that senang in future untuk korang baca post baru dan info baru mengenai travel with kids.