Ceritanya aku selalu nampak orang berkongsi mengenai novel Ainulfarihah yang bertajuk Yang Paling Patah Antara Kita. Tapi aku skeptikal untuk baca buku tersebut sebab ada aku rasa buku tu macam kebudak-budakan. Nak plak watak-wataknya adalah lelaki. Lepas tu yang tulis orang perempuan. Bukan aku nafikan kebolehan penulisan seorang penulis perempuan. Macam aku cakap, skeptikal. Aku pulak memilih bahan pembacaan walaupun novel.
Sampailah satu masa aku cuba tanya sahabat baik aku, Kak Zura. Pendapat dia mengenai novel ini sangat baik. Katanya dia termenung 20 minit lepas habiskan novel ini. Dekat situ maksudnya, novel itu yang telah menghabisi dia! Bukan sebaliknya. Dari situ timbul rasa ingin tahu. Seterusnya, aku decide beli jugak novel ini kerana penerbitnya iaitu Jejak Tarbiah dan JIWA.
Akhirnya novel ini sampai di tangan aku, and bila aku mula baca pun aku masih skeptikal. Hati aku masih in denial yang novel ini ada kualiti tersendiri. Sampailah aku teruskan pembacaan – you know what? Tunggu next entri aku.