First Birthday Trip Wardah

Alhamdulillah anak Ibu dah setahun Allah pinjamkan di dunia ini kepada Ibu, Babah dan Kakak Zehraa. Sempena hari jadi Wardah yang pertama, kami bawa Wardah ke Bukit Merah Laketown Resort dan Zoo Taiping. Just a simple trip untuk make memories together with only our small family~ Enjoy!

Hari pertama - Check in + Penang

Pekena Chicken Milani

Kalau belum pernah cuba, sila cuba tau ^^

Kami bertolak dari rumah inlaws di Klang pada jam lebih kurang 8.00 pagi. Untung sebab birthday Wardah jatuh hari Isnin, so memang tak banyak la orang nak bercuti weekdays. But still, waktu ni ialah time budak-budak tengah cuti sekolah, cuma tak sesesak weekend. 

Perjalanan lancar. Estimated time arrival pukul 12.00 tengahari. Jadi suami Syaza offer nak naik ke Penang memandangkan Bukit Merah Laketown Resort cuma ambil masa 1 jam je nak naik Pulau Pinang.

Main reason why kami nak naik Penang ialah nak pekena Chicken Milani dekat Restoran Kapitan! And yeah we did it.

Ngam ngam soi lunch hour kami sampai kat Restoran Kapitan. Syaza order Biryani Milani, suami Syaza order Cheese Naan Milani. 

Craving satisfied!

Eh ada taman pula
Playing tourist kat belakang kapitan hahaha

Kiteorang sempat playing tourist sekejap dekat Penang. Ala main dekat area belakang Kapitan je, hahaha. Cantik weh! Kapitan area Lebuh Chulia ni bersih. I like! Usha dapur dia pun bersih je. Kalau korang tak caya, try jalan kat area belakang tau!

Happy Birthday, sayang Ibu

Review Bukit Merah Laketown Resort Bilik Hotel

Cantik pulak langit tu. Ini keadaan luar hotel di sini. Ada lif, don't worry

Perjalanan diteruskan ke Bukit Merah Laketown Resort, jam 2.30 petang kami sampai terus check in. Masa ni kami beli bilik standard hotel dengan promo voucher yang BMLR offer. Just masuk je dekat website dia and search untuk offer. Lepas korang dah beli voucher tu, terus call hotel untuk booking bilik. Kena beli voucher at least 3 hari sebelum nak book bilik tau.

Voucher kiteorang just bernilai RM228 untuk 2 hari 1 malam, dah include sekali sarapan untuk 2 orang, tiket masuk ke Bukit Merah Waterpark, ada voucher makanan sebanyak RM20.

Bilik dia just nice. Basic amenities semua ada. Lepas tu kalau datang anak ramai macam lebih 3 ke ok sebab dia ada 1 katil queen and 2 katil single bed. Ada meja makan, TV. Cuma TV dia just siaran biasa je. Kalau korang nak yang ada channel best, boleh stay dekat Kampung Air which is dalam resort ni jugak.

Mirror Hotel selfie

Iron tak disediakan dalam bilik. Kalau nak iron boleh ke tempat yang disediakan which is dekat bahagian receptionist dia. Kiteorang dapat bilik betul-betul sebelah dengan swimming pool dia. Actually tak sangka plak ada pool kat sini hahaha. I thought just ada waterpark je. 

Bath tub yillek

Air panas dekat sini problem sikit. So expect untuk air sejuk or suam-suam yang amek masa nak adjust tau!

Lupa bawa balik hahaha
Kenapa ek kopi dekat hotel mesti sedap walau bancuh macam ni je pun

Jom Mandi di Waterpark!

One with birthday princess

Wardah suka main air. 

Jadi memang seronok la dia datang sini. Kakak Zehraa lagi triple seronok. Ibu lagi quadraple seronok, eh tiberr! Hahaha

Suami Syaza offer dia cakap mandi esok la. Kiteorang kan dapat free ticket waterpark dah include sekali dalam voucher bilik kan. Jadi boleh guna sama ada hari ini atau esoknya. So we decide guna harini jugak. Time kiteorang start mandi tu dah pukul 3.00 petang.

Zehraa kena add on bayar sebab free just 2 tiket je. Kalau ikutkan waterpark dia hari Selasa tutup. Taoi sebab ni cuti sekolah, jadi dia bukak. Bukan itu sahaja ya, harga tiket pun naik sikit disebabkan tengah cuti sekolah.

Zehraa tambah RM20 masuk waterpark. Memang best waterpark dia tau. Banyak slide! Lepas tu slide dia ada air yang sangat banyak, hahaha

Biasa waterpark, air nya kat hujung-hujung je kan. Ini memang selambak dia bagi kau splashhh kat situ. 

Tempatnya pun bersih walaupun masa Syaza tengah lalu kat bahagian lazy river tu nampak biawak berenang, erk! It is ok, dah memang tempat dia kan. Cuma geli la sekejap, nasib baik masa tu nak dekat habis main dah, haha

Oh ya waterpark dia buka start pukul 10.00 pagi sampai 6.00 petang kalau ikut dalam website dia.

But masa kami kat tiket kaunter, makcik tu cakap, “SAMPA 5.30 PETANG SAHAJA YA!”

Tatot. Very the garang. LOL

Kakak paling enjoy

Banyaklah section waterpark dalam ni. Just kami dapat ambil beberapa gambar je. To be honest, area untuk yang kids, toddler and baby friendly tak banyak. Dia macam waterpark bukit merah – banyak adventure untuk kids 10 tahun ke atas yang dah reti bermandi manda dengan extreme. Gituh!

So kami banyak mandi dekat pool yang tenang je. Tapi tetap Syaza and suami cuba ye slide yang ada, hehehe

Anak-anak je la. Zehraa pun main je slide yang best tu! Ada satu lagi bahagian yang unik, apa ke nama dia ek..

Macam melompat ka slide getah. Yang tu Zehraa tak lepas ketinggian nak main. Dewasa pun boleh main tau! Just make sure tak pakai pakaian yang ber-cotton, itu syarat dia. Beratur weh tunggu nak main dekat situ.

Locker pun ada kat sini, murah je. RM15 sekali bayar. Oh ye lupa Syaza nak story, Syaza ada beli pelampung Zehraa dekat kedai yang dalam Bukit Merah Resort ni. Banyak je kedai kat dalam ni. Lepas tu harga dia murah-murah! Not likely a resort. Macam tak percaya je memula.

Yang bestnya, Syaza pergi kedai yang mana kedai dia ni bersebelahan dengan toilet. Ada akak berbangsa India yang sangat baik. Dia bagi kiteorang free tempat waterproof letak handphone and one set pelampung untuk kids yang bahagian tangan. Kalau korang jumpa akak tu, pergi tau kedai dia. Sangat baik!!!

Bilik air nak tukar baju kat sini besar dan banyak bilik. And dekat sini juga ada bilik baby. Lepas dah selesai mandi tu Wardah nak mintak susu, lapar!

Mujur ada baby room, boleh susukan Wardah dengan tenang. Alhamdulillah.

Waterpark! Tiket masuk murah je. Dewasa RM25, kids RM20 (kalau weekend and cuti sekolah)

Makan Malam

Ingat tak Syaza share kat atas tadi yang dalam voucher bilik tu kiteorang dapat sekali voucher makanan?

That voucher only can be used untuk makanan lunch atau dinner je. Breakfast tak boleh. Lepas tu boleh redeem tak kisah kat memana kedai makan dalam resort tu. 

Kami redeem untuk dinner dengan order makanan dari resort – room service. Sebab memasing dah kebuluran lepas naik mandi.

Kami order Nasi Kukus Ayam Cenderawasih, Nugget, Cocktail Hotdog tu and Nasi Goreng Redhill serta Milo Ais. Total semuanya after tolak voucher ialah RM42.

Makanan dia Syaza rate sebagai 6/10. Order thru phone je. So after dah selesai makan semua kami bersiap untuk ke next destination pulak! Bawa Wardah melihat binatang.

Zoo Safari - Taiping

Tanda hadir~

First time ni pergi zoo memalam buta. Haha! Kami bertolak dari Bukit Merah Laketown Resort pukul 7 lebih macam tu. Jarak dari BMLR ke Zoo Taiping just 30-35 minit je ikut jalan belakang. Very the gelap wehhh jalan belakang dia hahaha

Jumpa kawasan perumahan yang macam rumah dot dot dot, huhuhu.

Kami sampai kat zoo pukul 8.30 malam camtu. Zoo pun baru bukak. Ada parking bayar RM3 je. Takut jugak ingatkan takde orang datang rupanya ramai je~

Kami beli tiket zoo ni online tau. Beli siap-siap lepas tu nanti diorang just scan PDF je yang kita dapat dalam email. 

Ada option sama ada korang nak naik tram atau ronda jalan kaki sendiri. Disebabkan bawa anak-anak yang masih kecil, kami pilih untuk naik tram. Havoc weh naik tram tu sebab sekali dengan satu family chinese ni ya Allah kelakar betul diorang semua! HAHAHAHA

Tak kering gusi sepanjang perjalanan. Nanti orang yang bawak tram dia tunjuk la belah kiri ada apa, kanan ada apa. Cuma geram sebab harimau dengan singa dua-dua tidur time ni, hish!

Nasib baik ada dubuk yang mengganas siap nak panjat pagar lagi sampai aku menjerit! HAHAHA

Kejadian sebelum Kakak Zehraa ~ secret

Lepas tu ada burung cute yang lalu lalang secara bebas dekat tepi-tepi kiteorang. I ingatkan tak boleh buka any lampu tau. I pun baiklah tutup flash henfon semua. Sekali ramai je orang pergi suluh-suluh lampu. Tapi I rasa macam bahaya la sebab kan haiwan-haiwan kebanyakan suka follow lampu tu. Ish, tatot lagi. Hahaha

Tak boleh lupa how dubuk tu cuba nak lompat keluar pagar. Dahlah betul-betul sebelah kita!!!! xD

The end untuk today, sambung esok.

Entrance

Hari Kedua - Jalan and Ready to go Home!

Breakfast Buffet

Pemandangan menarik sarapan. Belakang tu jeti nak pergi Pulau Orang Utan

Pepagi lagi semua dah kelaparan. 7.30 pagi dah tercongok nak makan sebab semalam memasing tidur awal lepas balik zoo. LOL. Penat weh. Nasib baik anak-anak pun tidur awal.

Ingatkan kena bayar add on untuk Zehraa, rupanya tak. Dia kata takpe 5 tahun boleh masuk je free. 

Masa kami sampai je tetiba ada SEGEROMBOLAN budak-budak sekolah datang. PENUH WEH TEMPAT MAKAN, hahaha

Kaget aku sekejap kat situ. Sebab kat situ diorang tengah buat kem sekolah. Untunglah, acik dulu takde pun pergi kem makan buffet macam tu, LOL

Makanan dia ok, just nice. Takde la va va voom, asal kenyang ok la kan. 

Mandi Pool

Pool di sini bersih

Untung kan bilik sebelah pool je, jalan pun kaki ayam je. Time ni Syaza tak join diorang mandi. Cuma anak-anak and suami je. Pool pun bersih, lepas tu ada orang jaga. Memang 10/10 pool dia. Wardah mandi sekejap je lepas tu dia nak tidur. Zehraa sambung mandi sampai pukul 11.00 pagi dengan Babah dia. Adik Wardah and Ibu naik dulu.

Bergambar + Petting Zoo

InshaAllah boleh datang lagi. Next kita ambil Kampung air chalet pula

Tepat pukul 12 tengahari kami check out lepas tu terus ke area bergambar untuk ambil gambar. Sambil lalu tu terjumpa semula akak India yang baik hati.

“Mandi waterpark lagi ke harini?”

Tegur dia.

Sembang sekejap lepas tu tersangkut beli mainan anak. Murah je, pilih 3 mainan only RM10 je weh. Sebab nak balas budi akak ni semalam, I belikan. Lagi pun ya Allah murah sangat!!!

Awalnya I cakap kat suami tak payahlah pergi petting zoo ni sebab nanti bukan Zehraa nak bagi makan pun. Better kita pergi kat Pulau Orang Utan. Dalam Laketown Resort ada Pulau Orang Utan tau. Dalam 16 ekor orang utan nya. Tapi Zehraa nak sangat ke petting zoo katanya nak bagi makan haiwan. Ye baiklah, we’ll see!!! xD

Satu bakul makanan RM10, cukup untuk semua haiwan di dalam. Banyak makanannya
Nak beri makan haiwan katanya
Suami nak bergambar dengan mengkarung lidah biru! Kami duduk jauh-jauh hahaha

Tiket masuk kat sini RM15 flat rate untuk kanak-kanak dan dewasa. Beli makanan haiwan satu bakul RM10. Besar jugak tempat dia and ada banyak haiwan. Cuma dari segi keselamatan, takde orang jaga except one boy yang kiteorang jumpa di saat akhir nak keluar dari sini. Overall ok, 10/10 tempat dia puas hati. And as I expected, Zehraa tak bagi pun makan dekat haiwan except dekat ayam and ikan. But still she enjoyed especially bila jumpa haiwan cute. Yang buat dia takut sebab awal-awa; dah jumpa Emu dengan kambing yang sampai terlompat-lompat nak keluar kandang! Haha

Wardah jangan cakaplah, melalak terus. Syaza kena dukung dia dari awal sampai habis bergilir dengan suami.

Abang kambing tak rilek aa
Cubaan Wardah ngap arnab!

The End

Till next time xoxo

Settle petting zoo terus shoot pulang ke Bangi. Bertolak dari Bukit Merah jam 2.15 petang, sampai Bangi pukul 8.30 malam. Sobss jem weh jemmm. Berkerak masing-masing dalam kereta. Alhamdulillah for this trip, till next time! InshaAllah.

Leave a Reply