Pengalaman Bercuti di A Famosa Resort Melaka
Pengalaman Bercuti di A Famosa Resort Hotel, Melaka | Hari jadi Zehraa yang pertama, kami ambil keputusan untuk bercuti di A Famosa Resort di Melaka. Percutian ini dah di rancang lama. Awalnya serba salah untuk teruskan sebab ditakdirkan Allah waktu dan ketika ini keadaan kesihatan Tok Ayah iaitu Atok kepada Zehraa tidak begitu mengizinkan. Namun selepas berbincang, ini adalah hari istimewa untuk kami sekeluarga. Sebelum ni pun kami tangguhkan juga sambutan ulang tahun perkahwinan atas sebab yang sama. Lagi pula percutian ini dah lama kami rancang. Alhamdulillah dipendekkan cerita, berangkatlah kami bertiga dalam percutian singkat 2 hari 1 malam ke A Famosa Resort di Melaka.
Ada banyak aktiviti yang boleh di buat dekat sini. Terkejut juga. Kalau tengok dari luar macam tak ada apa je. Rupanya, macam-macam ada! Jadi jom ikuti percutian ringkas tetapi padat yang amat sesuai untuk seisi keluarga di A Famosa Resort Melaka ini.
Jangan confuse tau dengan A Famosa yang ada dekat Bandar Melaka. Ini lain. Yang ini adalah resort dia. Dari segi sejarah yang dekat Bandar Melaka itu tinggalan sejarah sebenar A Famosa. Waktu kami bercadang nak ke sini pun kami terkeliru. Ingatkan tempatnya yang tengah Bandar Melaka, rupanya tak! Hehehe
A Famosa Resort berada di Jalan Kemus, Simpang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka. Selain resort, ada dua lagi pilihan penginapan yang anda boleh pilih iaitu Condotel dan juga Villa. Kalau anda datang beramai-ramai seperti nak adakan family day, sangat digalakkan untuk ambil Condotel atau Villa tersebut. Kami pilih resort sebab kami cuma bertiga je!
Cara Book Bilik A Famosa Resort
Anda boleh book tiket secara terus di website resort dari sini: afamosa.com. Dekat situ anda boleh pilih nak pakej yang macam mana. Ada yang sekali dengan taman tema air dan sebagainya. Kami pilih pakej yang dengan sekali taman tema air, safari tiket dan juga cowboy town. Senang sekali harung beli daripada sumber yang dipercayai. Lagi pula harganya lebih kurang sama je dengan aplikasi booking hotel yang lain.
4 Aktiviti Utama Menarik di A Famosa Resort
Ada 4 aktiviti menarik yang paling utama dekat sini iaitulah
- Waterpark
- Safari
- Cowboy Town / Old West
- Freeport
Memang wajib untuk pergi ketiga tempat ini.
1. A Famosa Safari Wonderland
Dekat sini adalah tempat seperti zoo. Kami ambil bersama pakej dapat makanan tengahari yang anda boleh redeem di bahagian kaunter dekat kantin / kafe masa makan tengahari.
Apa yang paling menyeronokkan di sini ialah tumpuan utama dia iaitu naik lori safari lepas tu dapat masuk dan tengok harimau, singa yang berkeliaran bebas. Kalau nak lagi best boleh berhenti untuk bagi makan pada harimau. Selain itu mereka akan bawa untuk lihat badak air makan. Ya Allah besar betul mulut badak tu! Sekali dia krup krap kan buah tembikai, patah riuk tembikai tu.

Memang sebuah pengalaman yang mengujakan! Walaupun macam nak tak nak je percaya dengan lori safari tu. Risau terbalik je lepas tu kena ngap pula dengan harimau. Ye betul, harimau tu dekat sebelah lori je. Cuak weh!
Tak dilupakan ada pertunjukan haiwan di bahagian pentas. Memang seronok. Kalau berani boleh bergambar dengan burung helang dan juga ular-ular yang ada.
2. A Famosa Water Theme Park
Dengar cerita ini adalah taman tema air yang terbesar di Malaysia tapi sejujurnya ianya hanyalah indah khabar dari rupa. Bolehlah untuk bermain cuma untuk katakan ianya yang terbaik dalam Malaysia, mungkin ada pesaing yang baru iaitu LegoLand.
Waktu kami ke sini, keadaan persekitaran agak menyedihkan dari segi kebersihan. Dari 10 bintang, kami beri 5 bintang sahaja untuk kebersihan. Tapi bahagian makanan memang terbaik. Sama seperti A Famosa Safari, kami ambil pakej makanan yang disediakan.
Ada satu lohong gelongsor besar untuk orang dewasa yang UZ dan suami tak naik pun sebab fokus trip kali ini untuk anak je. Menariknya lohong besar tu, yang dinamakan sebagai Big Ice Cream ia merupakan yang tertinggi dan terpanjang di Asia Tenggara dengan ketinggian sebanyak 2.08 meter dan luas diameter 18.3 meter serta panjang keseluruhan 108 meter.
3. A Famosa Old West
Masuk je kat dalam ni rasa macam ada dekat dalam cerita Mexico lepas tu ada Sheriff semua tu. Pekan Cowboy la senang cerita! Best. Macam ada di suatu dimensi yang lain. Apa yang ada dalam dia ialah tempat-tempat yang meniru gaya seperti Cow Boy serta rumah seperti rumah hantu dan lain-lain.
Kemuncak daripada pertunjukan ialah ada show dengan Red Indian, haiwan-haiwan, kuda-kuda, pertunjukan api. Just enjoy je la malam tengok pertunjukan santai-santai. 12 tengah malam, Old West akan tutup. Start buka pula jam 9.00 malam.
4. Freeport A Famosa Outlet
Habis percutian, jom la kita pergi membeli belah pula. Sebelah je dengan A Famosa Resort ada Freeport. Sudah tentu barangan yang di jual ada banyak sales dan potongan harga! Bukan tu saja kat sini juga cantik untuk bergambar. Ada port macam kincir angin dengan jambatan yang memang instgrammable sangat!
Itulah percutian ringkas yang padat tapi menyeronokkan buat kami sekeluarga. Kalau di beri peluang bolehlah datang lagi ke sini. Duit pun tak banyak keluar, jimat. Hehehe. Bercuti dalam Malaysia pun OK. Bolehlah bawa anak dan keluarga ke sini untuk bersantai sambil menikmati alam.
Leave a Reply