Pengalaman ke Riverine Splash Waterpark, Amverton Cove | Sempena cuti sekolah, Kak Long belanja kami sekeluarga terutama sekali dua ketul kanak-kanak iaitu anak saudara beliau untuk mandi manda di waterpark yang hanya 30 minit sahaja dari rumah Mama. Alhamdulillah terima kasih Kak Long, semoga murah rezeki sentiasa.
Kalau ikutkan di Amverton Cove ada hotel, cuma tak berbaloi nak stay even satu malam dekat situ. Yela, rumah pun dah dekat. And alhamdulillah it is a right decision sebab hotelnya tak berbaloi dengan harga. Biasa je hotelnya, nak banding dengan harga, korang boleh dapat hotel yang ada waterpark dengan harga yang sama macam Amverton Cove Resort but yang jauh lagi better! Cuma seperti biasa, kalau korang ambil pakej hotel akan dapat tiket waterpark yang jauh lebih murah berbanding kalau hanya beli tiket waterpark sahaja.
Ok back to cerita tentang Riverine Splash Waterpark. Mula-mula, Kak Ngah kata tempat ni tak ramai orang. Sebab kawan dia pergi katanya memang tak ada orang sangat. Seronoklah nak berjimba. Tapi aku dah expect untuk ramai orang sebab musim cuti sekolah. Kawasan waterpark dia tak besar, dan tak kecil. Just nice untuk anak-anak mandi. Orang yang jaga keliling kolam pun ramai. Dari segi kawasan extreme pun ada dua tarikan je. Tapi aku tak pergi area situ sebab tak kuasa, sejak jadi Mak anak 2 ni hahaha. Overall, semua tarikan dia berbaloi dengan harga tiket yang tak sampai seratus hengget pun. Budak bawah 90 cm, masuk percuma.
Kami datang dari pukul 11 pagi sampai pukul 4 petang. Kau rasa? Hahaha. Penat weh. Yang penting anak-anak gembira. Kemudahan dekat waterpark pun selesa. Tandas, tempat ganti baju, ada locker dan surau. Tempat makanan pun ada. Cuma disebabkan kami pergi waktu ramai orang, berebut tempat duduk jugaklah. Makanan dekat sini so-so. Banyak makanan ringan. Harga, standard macam kat luar. Corndog RM10, ok lah. Aku boleh seludup nasi lemak, nugget dengan fries dekat dalam waterpark ni tau, hahaha. Menyesal tak seludup bawak masuk botol air sekali. Aku dahlah kuat minum air. Diorang tak check pun beg. Biasa kalau waterpark mesti ada inspection, sebab tak boleh bawa makan dan minum dari luar. Syukur alhamdulillah masa ni tak kena check. Kalau korang pergi lepas tu kena check, jangan salahkan aku tau. Aku cuma nasib je ni, hahaha!
Harga tempat locker, kalau besar RM30. Memang besar locker dia. Boleh muat anak sulung aku tinggi dia, umur 6 tahun. Kalau harga locker kecik RM15. Locker dia boleh bukak seberapa banyak kali yang kita nak. Bukak katup la puas-puas. Kami tak sempat nak sewa pelampung besar tu sebab dah fully booked! Maka kami pun berjalan santai sambil apungkan diri dekat kawasan pool yang santai tu. Best weh. Air dia flow laju. Kau slide kaki pun, badan jalan sendiri. No effort needed.
Waterpark bukak setiap hari kecuali hari Selasa. Tapi kalau Selasa jatuh pada cuti sekolah dan cuti umum, diorang bukak waterpark. Isnin, Rabu dan Jumaat start buka pukul 11 pagi sampai 5 petang. Hari Jumaat sampai Ahad, buka pukul 10 pagi sampai 6 petang.
Anak-anak aku main sepuas hati dekat area kanak-kanak. Pusing naik slide berkali-kali. Aku yang tengok pun penat. Diorang tak letih-letih! Maklumlah, budak. Baguslah aktif. Slide budak pun orang tua boleh naik. Ada slide yang tinggi. Kalau jenis orang tua gayat, slide tinggi budak tu pun level mencabar dah. Pukul 4 petang, kami beransur pulang.
Oh ye time aku pergi ni, musim hujan. Ngam pukul 12 tengahari, waktu makan tu dah hujan. Tapi semua orang still main je. Kami makan. Lepas tu hujan beransur tenang. Bila petang masa kami nak balik tu, dah renyai semula. Solat Zohor semua dekat situ. Surau dia comel je. Bolehlah muatkan dalam 4-5 orang untuk satu masa.
Waktu awal datang ada photographer ambilkan gambar. Bila dah nak keluar as usual diorang akan jual gambar tu. Aku beli gambar sekali dengan fridge magnet, RM30. Kak Long nak ambil gambar yang besar, RM50. Jadi sebab kami beli dua gambar ni, dapat RM70 sahaja. Bolehlah buat kenang-kenangan. Nak datang lagi tak tahu bila pulak.
So korang yang nak cari waterpark yang harga tiket dia tak sampai seratus, berdekatan je dekat area Selangor terutama sekali yang duduk di Banting, Klang dan yang berhampiran bolehlah datang bawa anak-anak mandi manda di Riverine Splash Waterpark Amverton Cove! ๐
Jemput tinggalkan komen, waterpark mana lagi yang best and berbaloi area Selangor?