Melawat Lembu di Ladang Farm Fresh UPM: Review Pengalaman

Asyik minum susu Farm Fresh je kan, nah.. jom kita ke ladang dia pulak. Bukan ladang di Kota Tinggi tu. Dekat Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang. UZ sendiri tak tahu kewujudan Ladang Farm Fresh yang dikomersialkan untuk orang luar boleh masuk tau. Sampailah satu hari tu UZ tiba-tiba nampak dekat satu instagram post oleh seorang random-fuencer dia kongsi dia pergi jalan-jalan dekat Farm Fresh UPM. Tengok punya tengok, eh macam best je! Mesti anak pun seronok kalau bawa ni. Maka jom la kita tengok sendiri best atau pun tidak.

pengalaman ke farm fresh upm serdang 3
MasyaAllah cantik! Matahari pun tegak je tu hehehe

Hari Sabtu.. UZ bertolak dari rumah di Kajang ke Serdang, ambil masa kira-kira setengah jam untuk sampai ke Ladang Farm Fresh. Jam 10.30 pagi sampai pun dah penuh orang! Tapi syukur alhamdulillah sebab masih lagi ada parking dekat bahagian dalam ladangnya. Mungkin sebab 10.30 pagi masih consider pagi kot ek, jadi belum peak hour sangat.

Kalau nak tahu parking di kawasan dalam tu sangat terhad. Kalau tak dapat parking dekat dalam, boleh park dekat UPM dan kemudian naik bas UPM untuk ke Ladang Farm Fresh. Kami tak expect pun akan dapat parking dalam tu, cuba nasib je. Alhamdulillah. Parking percuma sahaja, siap ada bantuan RELA lagi untuk dia susunkan nak park belah mana.

pengalaman ke farm fresh upm serdang parking kereta
Park kereta dalam ni free je. Tengok, pagi pun penuh dah orang. Rancang sebaiknya k kalau nak dapat parking dalam ni. Kami pun nasib je kot. Alhamdulillah

Walaupun ada ramai orang review kata tempat ini macam dekat Kundasang, dan lagi menarik macam di New Zealand, ketahuilah bahawasanya cuaca di sini tidak seperti di tempat-tempat itu. Panas lit lit! Yela, nama pun Malaysia kan. Selangor pulak tu. Takkan nak turun salji pulak. Hahaha. Tak hujan masa berjalan kat Ladang Farm Fresh pun dah besar nikmat. Jadi sila sediakan payung dan pakaikan anak-anak topi serta jangan lupa sapukan sunscreen ye supaya balik rumah kulit tak terbakar macam udang kena bakar! Hihihi.

So lepas parking kereta marilah kita menapak bersama-sama menuju ke tempat beli tiket atau di panggil barn.

Mungkin ada yang belum tahu yang Farm Fresh ni susu yang fampus tu and sedap. Kalau dah tahu, abaikan k hihihi. Kredit gambar dari https://twitter.com/farmfresh_bangi

Harga Tiket Masuk Farm Fresh UPM

Harga tiket menarik untuk kita bincangkan. Sebenarnya Ladang farm Fresh di UPM masih kira fasa awal pembukaan. Jadi dia bagi testing dulu harga tiket.

Kalau korang ada baca review or pengalaman maybe korang akan jumpa banyak jenis harga tiket nak masuk dekat sini. Even UZ sendiri pun sebelum pergi ada survey, katanya tiket adalah RM 10 je untuk dewasa, manakala kanak-kanak bawah 6 tahun percuma.

Tapi masa UZ masuk, harga tiket dewasa RM 15. Kanak-kanak pulak mula umur 4 tahun dah kena bayar iaitu sebanyak RM 10. Bawah 4 tahun percuma. Jadi UZ sarankan kalau korang yang tengah baca entri blog ni, bolehlah sediakan bajet lebih sikit dari latest harga tiket yang UZ kongsikan ni.

Mungkin lepas ni dia buat kanak-kanak tinggi 90 cm pulak kena bayar? 

Overall, begitulah.

Harga tiket masuk ke Ladang Farm Fresh UPM Serdang* ialah:

  • Dewasa: RM15
  • Kanak-kanak 4 tahun hingga 12 tahun: RM10
  • Kanak-kanak bawah 4 tahun: Percuma

*ini adalah harga pada 31 Januari 2022

Masuk sini tak boleh buat reservation. Hanya walk in. Satu lagi perkara penting yang perlu UZ bagitahu korang, dekat dalam Ladang Farm Fresh UPM hampir semua transaksi adalah cashless menggunakan kad kredit atau kad debit. Jadi tak perlu sediakan cash banyak-banyak ok! 😉

pengalaman ke farm fresh upm serdang tiket harga
Harga tiket kami ke Ladang Farm Fresh di UPM Serdang

Waktu Operasi Nak Masuk Ladang Farm Fresh Serdang

Mula buka pukul 10.00 pagi sampai pukul 7.00 petang setiap hari kecuali Isnin.

  • Selasa sampai Ahad: 10.00 pagi hingga 7.00 petang
  • Isnin: Tutup

Sesuai Bawak Stroller?

Untuk yang tertanya-tanya dekat sini sesuai tak nak bawa stroller? Personally, UZ bawak je stroller dan ramai je lagi angkut. Jawapannya, sesuai je. Cuma stroller tu jadi 4×4 kejap. Hahaha. Nanti bertanah la tayarnya. Tapi memang ok je nak bawak stroller. Memang patut bawak! Sebabnya tak larat weh nak dukung mengangkut ke satu ladangnya. Kalau nak pakai baby carrier pun boleh. Dekat sini ada beberapa tarikan utama. Kejap lagi UZ akan bawa korang dekat tarikan-tarikan tu ok. Teruskan membaca.

pengalaman ke farm fresh upm serdang 2
Ini bahagian free range chicken. Ya Allah memang insta worthy! Yang mana suka OOTD silakan la ye~ xD

Pilih Nak Naik Tram Dulu atau Ronda Bahagian Dalam

pengalaman ke farm fresh upm serdang maps peta
Boleh refer peta comel ini agar sentiasa di jalan yang lurus dan tahu di mana keberadaanmu

Lepas masuk bayar tiket, korang ada dua pilihan. Sama ada nak naik tram dulu ronda-ronda dekat kawasan ladang yang tinggi atau ronda di bahagian dalam dulu. UZ pilih ronda di bahagian dalam dulu dan nanti dah habis baru pergi ke tram. Terpulanglah korang nak mana satu dulu. Tram tu dekat bahagian luar tempat tiket. Jadi pada UZ baik kita pergi dia last so lepas turun je tram boleh terus balik! Hihihi.

Kat bahagian dalam la yang ada banyak tarikan utama. Lepas je korang masuk tempat beli tiket, akan ada kafe Farm Fresh yang jual pizza, Jom Cha – kafe khas untuk boba Far, Fresh dan juga ada kinda street food tepi-tepi tempat masuk. Senang cerita bab makanan jangan risau. Memang harga pun berpatutan untuk di makan. Oh ya, dekat sini juga ada gelato ice cream yang macam di Kundasang. Nama ‘kedai’ ice cream dia adalah Cream Hauz. Sudah semestinya nak beli susu Farm Fresh pun ada. Mana boleh tak jual, produk utama dia. 

Banyak Kiosk dan Kafe Makanan Tersedia

pengalaman ke farm fresh upm serdang 4
Kedai makanan ringan seperti Chicken Wing, Waffle di kiri dan kanan selepas tempat masuk tiket. Jangan risau inshaAllah tidak akan kelaparan. Sediakan aja ongkosnya pak!

Kemudahan Tandas dan Surau Yang Selesa

Di sini juga disediakan kemudahan tandas dan surau. Dah senang dah satu hal semua buat kat sini je. Memang cukup selesa. Cuma peraturan dekat sini dia tak bagi kita buat piknik di kawasan rumput yang sangat mempesona untuk kita bentang tikar sambil menikmati alam. Macam biasa, walaupun dia tak bagi.. tetap ada orang buat. xD

pengalaman ke farm fresh upm serdang arah jalan 1
Tanda Arah yang Hendak Di Tuju
pengalaman ke farm fresh upm serdang ladang lembu 2
Katanya soon akan di buka pula ruang untuk feed haiwan-haiwannya makan! 🙂 Wah. Masa kami pergi ni takde lagi.

Lepas Tengok Ayam, Kita Naik Train - Choo Choo~

pengalaman ke farm fresh upm serdang 5
Seronok tak terkira Zehraa jumpa train ni. Free je, sekali dah dengan tiket tu 🙂 Wardah tengok je k dari tepi, baby lagi

Sepanjang di bahagian dalam ni memang kiteorang jalan kaki bersama stroller je. Masuk ke kawasan burung atau ayam yang di panggil Aviary. Korang boleh refer gambar peta, kat situ ada semua tempat tarikan dia. Memang dalam satu hari senang je nak cover. Dah puas tengok ayam yang ada macam-macam jenis dan bentuk, boleh bawa anak naik train choo choo yang macam dalam tin tu. Train naik atas risiko sendiri dan percuma je dah termasuk dengan tiket yang bayar masa masuk tadi. Kanak-kanak bawah 4 tahun kena ada supervision ibu bapa.

pengalaman ke farm fresh upm serdang aviary chicken 1
Anak-anak bandar tengok ayam dalam sangkar je hukhuk
pengalaman ke farm fresh upm serdang aviary chicken 2
Fakta ayam-ayam. Brahma Chicken tu pergh, lain machiammm, subhanallah

Ada dua train, jadi waktu menunggu tak berapa lama. Jauh juga dia bawak pusing budak. UZ tengok muka driver train dah boring betul dengan job dia, hahaha. Kesian, hari-hari buat benda sama kan. Meanwhile anak-anak dan kita mestilah seronok. Semoga driver train dikurniakan kesihatan yang baik asbab bekerja dengan ikhlas menggembirakan kanak-kanak. Aameen. 

Turun je dari train, semangat betul Zehraa cerita katanya nampak Deer! Nak tunjuk Ibu dan Babah dia, deer katanya. Yela Zehraa, kejap lagi kita ronda tengok Deer. 

The Fighting Fish!

pengalaman ke farm fresh upm serdang ikan 1
Melawat rumah akuarium cute

Masuk pula ke bahagian tempat ikan. Semuanya ikan pelaga dalam akuarium yang sangat kecil. Ada la reason tu kan kenapa dia bela ikan pelaga banyak-banyak untuk kelebihan pada ladang yang Farm Fresh sewa dengan UPM Serdang. Yang tahu sebab apa, bolehlah komen kongsi ilmu. Belakang dari tempat ikan ada Worm Composit tempat cacing yang mana kami tak ke situ. Kami terus ke kandang comel menempatkan seekor arnab pemalu. Sebelah arnab ada ayam. Sebelah ayam tu yang menarik! Tak ada dalam list di peta. Suami UZ yang perasan. Ada ular dan biawak. Aduh. Tak bolehlah nak tengok. Biawak tu sangat besar. Menurut info dari pekerja di situ biawak dan ular tu terpaksa di tangkap sebab menganggu binatang mereka. 

pengalaman ke farm fresh upm serdang ikan 2
Mengikut info tour guide masa naik tram tu, kat sini banyak biawak. Diorang ada sediakan sebuah tasik yang diletakkan ikan koi khas untuk biawak pergi sana and makan ikan koi. Sebab tak nak biawak kacau lembu-lembu diorang. Memilih pulak tu biawaknya, bagi tilapia tak nak makan. Letak koi baru nak makan. Amboih!

Lalu Bawah Terowong Bunga, Masuk Green House dengan Free Range Chicken

pengalaman ke farm fresh upm serdang flower tunnel 1
Permulaan Terowong Yang Menyelamatkan Dari Panas Mentari 🙂 Flower Funnel nama di beri

Stesen seterusnya kita lalu di bawah sebuah terowong yang kembali meredakan kemerahan kulit muka yang marak akibat kepanasan. Kalau tak mahu sunburn teruk please guna sunscreen ok! Ini adalah pesanan ikhlas dari penaja. Ahaks. Nama terowong ialah Flower Tunnel.

pengalaman ke farm fresh upm serdang green house 4
Teruja ye memasing (ke jakun) jumpa tomato xD
pengalaman ke farm fresh upm serdang green house 5
InshaAllah soon Ibu pula gardening
MasyaAllah Tabarakallah Ibu dan Zehraa. Hence the blog name umizehraa xD
pengalaman ke farm fresh upm serdang green house 3
MasyaAllah Tabarakallah, Kakak Zehraa dan Wardah. Simpan sini buat kenang-kenangan. Sambil beri pembaca peluang membaca pengalaman kami. Terima kasih sudi membaca dari awal hingga akhir

Jalan je di sepanjang terowong kemudian korang akan jumpa dengan Green House. Kat sini diorang tanam sayur-sayuran termasuklah ada tomato! Fefeeling dekat Cameron Highland gitu. And I guess soon mungkin akan ada kawasan pokok Lavender yang luas. Subhanallah, mesti cantik. 

Flower Tunnel dia panjang, boleh belok ke kanan untuk tengok yang dikatakan Free Range Chicken. Sebelum tu ada lagi Free Range Chicken tapi tak luas. Yang this one luas sikit. Masa ni la Zehraa terlompat-lompat nak tunjuk trek yang train tadi bawak dia.

“Ibu! Ibu! Itu Mouse Deer!”

UZ pun gigihlah cari Mouse Deer dalam kalangan ayam-ayam.

Ler! 

Memang ada.

Duduk bersimpuh dalam 4-5 ekor.

MasyaAllah, cute!

Horse Ride dan Bermain dengan Koleksi Pepatung Kuda Hiasan

pengalaman ke farm fresh upm serdang patung lembu 2
Sanggup dia eh tengah panas excited jumpa lembu (bukan nama sebenar LOL)

Sambung lagi lalu Flower Tunnel sampai dekat tempat naik kuda. Ada dua ekor kuda. Budak umur 4 tahun ke atas boleh naik dengan bayaran RM 10 untuk satu ride. Tiket beli dekat situ jugak. Kiranya tiket dia tak sekali dengan tiket besar yang kita beli awal dulu. Nak naik kuda, bayar asing. Trek kuda pun alahai, kecik je. Bolehlah buat raso-raso. Takkan nak kuda tu bawak keliling ladang pulak kan, hahaha.

Keliling Flower Tunnel lepas naik kuda tu ada satu kawasan padang luas ditempatkan patung-patung lembu. Tak tahu la kenapa bila nampak patung lembu tu terus teringat kisah Samiri, huhuhu. 

pengalaman ke farm fresh upm serdang patung lembu 1
Pemandangan dekat sini memang A+

Takde kaitan pun, just teringat je. Untuk yang belum tahu kisah Samiri, begini kisahnya.. (yang dah tahu boleh revise lagi atau skip je, yang tak nak tahu pun boleh skip ye hihihi)..

So dulu Nabi Musa alaihissalam diperintahkan Allah untuk tinggalkan kejap kaumnya pergi menghadap Allah dapatkan wahyu. Jadi waktu tu Nabi Musa tinggalkan amanat kepada Nabi Harun untuk jaga umatnya ketika itu agar tetap menyembah Allah yang Esa. Tapi di ketika tu ada seorang ahli sihir yang bernama Samiri dia buat patung sapi atau anak lembu dari emas dan patung tu dikatakan boleh berkata-kata menyebabkan kaum Nabi Musa terus auto jatuh syirik sebab diorang ni pergi sembah patung sapi bikinan Samiri tu. 

Kaum Nabi Musa iaitu Isr@ell memang dari dulu terkenal dengan penyembahan berhala. Means kalau takde patung or apa-apa subjek tu diorang rasa kosong. Macam gitu la. Jadi bila si ahli sihir buat macam di tambah dia buat onar seru kata Nabi Musa tersesat sebagainya, kaum dia percaya. Kisah ini dirakamkan dalam al-Quran tau iaitu Surah Taha ayat 92 hingga 97 – maksudnya:

Ayat 92: (Sekembalinya), Nabi Musa berkata: “Wahai Harun, apakah maniknya yang menghalangmu ketika engkau melihat mereka sesat,

Ayat 93: “Daripada menurutku? Adakah engkau ingkar akan suruhanku?”

Ayat 94: Nabi Harun menjawab: “Wahai anak ibuku! Janganlah engkau meragut janggutku dan janganlah menarik (rambut) kepalaku. Sesungguhnya aku takut bahawa engkau akan berkata kepadaku: ` Engkau telah memecah-belahkan kaum Bani lsrail sesama sendiri, dan engkau tidak berhati-hati mengambil berat pesananku! ‘ “

Ayat 95: (Sesudah itu Nabi Musa hadapkan kemarahannya kepada Samiri lalu) bertanya: “Apa pula halmu, wahai Samiri?”

Ayat 96: Ia (Samiri) menjawab:” Aku mengetahui dan menyedari apa yang tidak diketahui oleh mereka, lalu aku mengambil segenggam dari kesan jejak Rasul itu, kemudian aku mencampakkannya; dan demikianlah aku dihasut oleh hawa nafsuku”.

Ayat 97: Nabi Musa berkata kepada Samiri: “Jika demikian, pergilah, (engkau adalah diusir dan dipulaukan), kerana sesungguhnya telah ditetapkan bagimu akan berkata dalam kehidupan dunia ini: ` Jangan sentuh daku ‘, dan sesungguhnya telah dijanjikan lagi untukmu satu balasan akhirat yang engkau tidak sekali-kali akan terlepas daripadanya. Dan (sekarang) lihatlah kepada tuhanmu yang engkau sekian lama menyembahnya, sesungguhnya kami akan membakarnya kemudian kami akan menghancur dan menaburkan serbuknya di laut sehingga hilang lenyap.

Begitulah.

Apa pun panas Ya Allah, sampai tak boleh bukak mata! Masa UZ sampai dekat tengah tempat patung hiasan lembu yang ada memacam jenis ni, tengah pukul 12.00 tengahari. Kau rasa? Ya Allah. Panas. Kerana terpaksa, aku relakan sebab Zehraa semangat nak bermain-main lari-lari anak pulak. Sampai tercabut kasut sukan Ibu!

Takpelah, kasut pun dah 4 tahun, ada alasan nak beli baru. Balik tu Babah offer nak beli baru. Kwang kwang kwang. Alhamdulillah. Tapi tak beli pun sebab dah penat, baik balik rumah rehat, hahaha

pengalaman ke farm fresh upm serdang naik kuda 3
Kuda ni makan rumput belah luar. Apa lagi kita take opportunity la bergambar bersama. Memang tepi tu diorang sediakan air untuk kuda-kuda minum. Total masa ni ada dua kuda
pengalaman ke farm fresh upm serdang naik kuda 2
Harga per ride kuda di Ladang Farm Fresh Serdang
pengalaman ke farm fresh upm serdang naik kuda 1
MasyaAllah tabarakallah, senyum lebar naik kuda

Beli Susu dan Aiskrim Gelato

pengalaman ke farm fresh upm serdang aiskrim gelato 2
Semua sedap. Macam Baskin Robbin pun ada. tapi tak.. ini Farm Fresh Robbin xD
1 scoop RM 8.80 aiskrim gelato kat sini
pengalaman ke farm fresh upm serdang aiskrim gelato
Mint Chocolate Gelato Ice Cream from Cream Hauz dari Ladang Farm Fresh di UPM Serdang~

Elok je meredah kepanasan yang membahang, ada kedai yang menyejukkan hati. Kedai yang di beri nama Fresh Pick dan juga Cream Hauz. Ya Allah, nikmat! Kami pergi yang Cream Hauz je sebab rasa nak makan ais krim dia je. Fresh Pick tempat beli susu Farm Fresh. Boleh tahan ramai. Cream Hauz masih stabil lagi keramaian dia. Sebenarnya menyesal juga tak beli susu Farm Fresh di Fresh Pick dia. Alasan kami ialah, “Ala kat kedai Speedmart pun ada,” Sobs! Menyesalnya. Hahaha. Tapi memang ye, keluar balik tu singgah Petronas beli susu Farm Fresh weh. LOL

Masuk Cream Hauz pun beratur juga tunggu turn. Kedai dia kecik comel je. Tempat untuk makan tak banyak. Ada dua buah meja dengan beberapa buah kerusi je. Siapa cepat dia dapat. Mungkin lepas ni farm Fresh boleh tambah sikit (?).

Kiteorang asal boleh je duduk dekat rumput-rumput. Ada rezeki bolehlah santai sambil tengok biawak meniarap seperti abang askar. 

Harga Aiskrim Gelato di Ladang Farm Fresh ialah RM 8.80 untuk satu scoop (cawan atau cone). Ada memacam perisa aiskrim. Kalau nak gelato yang memang susu segar je pun ada dalam cone hanya RM 3 je! UZ ambil yang gelato Mint Chocolate pakai cone, manakala Zehraa ambil Cookies and Cream dalam sup. 

Fuh!

Berpeluh nak berdiskusi bebaik dengan Zehraa nak pilih mana satu. Kang lambat pilih, orang belakang lagi berpeluh. Nasib baik Zehraa cepat buah pilihan. Katanya, “Nak Oreo!” sambil tunjuk Cookies and Cream. Baiklah anakku. 

Meninjau Kandang Lembu Sambil Menikmati Muzik Jazz

pengalaman ke farm fresh upm serdang ladang lembu 2
Tengok lembu dari kejauhan
pengalaman ke farm fresh upm serdang ladang lembu 1.
Boleh ajak anak baca-baca atau bacakan untuk anak~ xD

Selesai membaham dengan bismillah, aiskrim sambil duduk atas rumput, kami teruskan perjalanan ke kandang lembu sebenar. Bila korang masuk ladang lembu ni dia akan sediakan macam satu tempat berair tau yang mana kalau korang tak baca signboard kat tepi mesti korang rasa nak lompat macam geli geleman je nak lalu situ which is jangan!

Korang kena make sure kasut terendam elok dalam air yang dia sediakan sebab benda tu untuk hygiene, elak kuman. Jadi jangan lompat tau kalau jumpa. Jalan je. Jangan taku and geli. Biasalah masuk kadang lembu, memang balik ada sikitlah perfume dia, hehehe

Lembu-lembunya dia tak bagi pegang pun. Just tengok je. Apa yang paling best kiteorang lalu di satu kandang tu, diorang pasal muzik Jazz untuk lembu. 

Nak tahu sebab apa?

Sebab.. itu semua lembu yang baru lepas beranak dan dalam tempoh berpantang 45 hari. Ye betul. Ini orang kerja situ yang cerita. 

Jadi mereka akan pasang muzik Jazz untuk bagi lembu rilek, bertenang.. supaya hasilkan banyak susu. Anak lembu pula di make sure untuk dapatkan kolostrum iaitu susu pertama yang keluar sejurus selepas bersalin. Kalau tak, anak lembu akan senang sakit!

MasyaAllah. Lembu pun ada berpantang, apa lagi manusia. Lembu pun dititikberatkan dengan kepentingan kolostrum.

Even kita manusia pun ada kolostrum sendiri tau. Susu Ibu sangat bermanfaat untuk anak-anak. Oleh itu, berazamlah untuk menyusukan anak-anak sendiri atau nama lainnya breastfeed. 🙂 Susu lembu, untuk lembu je, okay (?). 

And yes, lepas berpantang kalau nak susu banyak.. kena tenang-tenang je tak boleh stress. Tekanan atau stress boleh buat susu segan nak keluar! Kalau lembu boleh, kita pun boleh. Jangan cakap, “Ala dah macam lembu la pulak, kilang susu,”

Erm, yes darling. We are 🙂 But the name is different, kita kilang susu untuk manusia iaitu anak kita sendiri. Go go hwaiting!

Kalau rasa semangatnya lepas baca post UZ pasal breastfeed ni tapi susu saya sikit. It is ok, boleh cuba Resepi Homemade Milkbooster ni untuk susu meriah k!

Masa Untuk Menaiki Tram Ronda Ladang Lain

pengalaman ke farm fresh upm serdang tunggu tram 2
Tengah beratur tunggu tram bersama yang lain~

Jalan punya jalan sampailah di penghujung jalan, lalu berpatah balik semula bawa Zehraa pergi ke toilet. Toilet bersih, ada tempat ganti pampers. Untuk Ibu menyusu, tiada tempat menyusu. UZ lari susukan Wardah dekat surau. Selesa! Ada aircond. Kebetulan, belum masuk waktu Zohor jadi tak ada orang dalam tu. Surau dia tempat amek wudhuk untuk perempuan, open sikit. Selesai tidurkan Wardah yang tertidur sendiri ketika menyusu, sambung perjalanan untuk naik tram pula! Ingat tak memula tadi Syaza cerita ada dua pilihan sama ada nak naik tram dulu atau nak ronda belah dalam dulu. Aha! Itulah tu. So kami bergerak nak naik tram pula.

pengalaman ke farm fresh upm serdang tunggu tram minum boba tea jom cha 1
Not bad Matcha Latte Jom Cha!

Panjang weh nak beratur naik tram. Tram nya ada dua. Satu pendek dan satu panjang. Waktu menunggu ada dalam setengah jam untuk kami masa tu. Sambil tunggu, UZ sempat lari sekejap pergi beli boba tea Farm Fresh yang bernama Jom Cha!

Ada macam-macam boba. Signature dia ialah Fresh Milk dengan Brown Sugar Pearl. UZ cuba Matcha Latte dengan pearl dia yang large berharga RM 11.80. Ya Allah nikmat bila dapat dalam keadaan penat dan panas. 

pengalaman ke farm fresh upm serdang tunggu tram 3
Yang di nanti setelah uncountable tram trip sebab tak ingat nak kira berapa trip daaaaa~

Ambil Gambar Kenangan Atas Bukit Cantik

pengalaman ke farm fresh upm serdang atas bukit 7
Aunty Tour Guide yang ohsem! 🙂

Dekat tram ni, ada macam tour guide yang akan cerita tentang Ladang Farm Fresh di UPM dari sejarah, apa lembu buat, apa lembu kat situ makan, apa yang ada kat sebelah kanan kiri.. memang best! Tak bosan. Siap nyanyi lagu Old McDonald had a farm, e i e i o. Lepas tu suami UZ pun sambung, “Pak Atan ada ladang,” elokkk…

Tram akan pusing sampai naik atas satu bukit yang ada tag Farm Fresh @ UPM. Dia akan berhenti di situ lepas tu korang turun jalan kaki sendiri.. ok gurau, jauh kot. Hahaha

Berhenti kat situ untuk ambil gambar. Sporting habis aunty tour guide! Semangat dia ambilkan gambar semua orang setiap keluarga. Macam-macam pose dia suruh. Thanks aunty! xoxo

Habis ambil gambar jom turun ke bawah dan marilah pulang.

pengalaman ke farm fresh upm serdang atas bukit 4
Thank you aunty tolong snap kan gambar. If not, asyik gambar selfie 4 orang je hahaha
pengalaman ke farm fresh upm serdang atas bukit 2
Aunty yang semangat suruh Babah angkat Wardah macam tu. Kiteorang onzz je la
pengalaman ke farm fresh upm serdang atas bukit 3
Ok lepas tu turun pulang. MasyaAllah tabarakallah

Alhamdulillah selesai sesi jenjalan santai yang menyeronokkan dengan hampir 7,000 steps! Huhuhu ingatkan 10K rupanya baru 7K. Oklah, terbakar juga lemak. Muka, hmm taknaklah terbakar. Kan dah apply sunscreen

Bolehlah korang bawa anak berjalan ke sini sambil menghirup udara segar yang ada sedikit bau-bauan lembu -itu sudah pasti. xD InshaAllah memori yang seronok untuk anak. Zehraa tak sudah-sudah tangan pegang maps sambil bertanya, “Ibu, kita dah dekat mana,” “Ibu, ni kat nombor berapa,” “Ibu.. ni kat sini ye,”

MasyaAllah tabarakallah. Larat tak larat je la nak layan. Hahaha

Dah baca entri ni sampai habis, jemput komen. Kalau ada nak tanya.. boleh tanya dekat komen. InshaAllah UZ cuba jawab yer 🙂

Leave a Reply