Tengok Gajah di Kuala Gandah
Alang-alang UZ dan family dah sampai ke Temerloh, UZ pun mula mencari tempat apa yang best ye yang berdekatan dengan Temerloh. Ikan patin salah satu daripadanya la cuma sebelum ni UZ dah pernah pergi makan kat tepi Sungai Pahang tu dan kebetulan pula waktu nak pergi sekali lagi ni kedai-kedai makan ikan patin banyak yang tutup termasuklah Kancil Raja Patin yang famous! Selain daripada tu tempat-tempat menarik yang lain di Temerloh juga banyak yang tak buka. Kebetulan, hari tak menarik agaknya kami datang berjalan ke Temerloh. Kami ke sini pun sebab memenuhi jemputan perkahwinan pada asalnya. Cuma yela kan, dah sampai kita cubalah cari tempat menarik untuk anak-anak.

Lepas je pekena lempeng yang sedap di Temerloh ni, UZ mem’busy’kan diri untuk Google ke sana dan ke sini akhirnya jumpalah satu tempat yang match out dengan planning bersama suami iaitulah kita ke Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah! Satu jalan je on the way nak balik ke Selangor. Orang yang paling seronok semestinya Zehraa bila UZ bagitahu kita nak pergi tengok gajah. Yang adiknya, Wardah mana tahu apa lagi. Baby sangat. Kakak dia je la yang semangat. Sebenarnya ada kejadian tak diingini berlaku kepada kami masa sesi lawatan. InshaAllah akhir entri UZ beritahu, hihihi

Aktiviti menarik yang boleh di buat dekat Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah adalah:
- Memberi gajah makan
- Tayangan video
- Melihat gajah mandi
- Bermesra bersama anak gajah
- Pertunjukan gajah

Senang cerita, segalanya tentang gajah. Tapi tak semua tu ada. Bergantung kepada cuaca. Yang bagi gajah makan tu inshaAllah sentiasa available. Masa Pusat Konservasi Gajah Kuala Ganah ni beroperasi adalah setiap hari Isnin sampai Ahad bermula jam 10.30 pagi sehingga 3.30 petang.

Waktu kami sampai dah tengahari rembang. Sangai ramai orang yang melawat. Dapat parking kereta di bahagian dalam kat area tepi-tepi jalan. Masuk pusat gajah kat Kuala Gandah ni percuma je. Takde bayaran apa-apa. Cuma mereka akan sediakan tabug untuk menderma seikhlas hati. Masuk je ada gerbang pintu lepas tu macam biasalah banner semua tu. Aktiviti yang ada cuma bagi makan gajah je waktu kami hadir. Maka kami pun membelilah tebu seikat RM 3 macam tu, dan bagi gajah makan. Sangat berselera ye gajah-gajah sekalian makan.
Zehraa yang semangat dah pun muramkan diri sebab dia seram pula tengok gajahnya depan-depan! Hahaha. Zehraa-Zehraa~ So itulah dia yang kami melawat. Jalan-jalan sikit kat area tempat tu yang mana memang kecil je pun space dia, tak besar mana. Cuma dia tak berapa mesra stroller. Memandangkan tempat dia hanyalah kecil je, better tak perlu bawa stroller. Dukung je atau guna baby carrier. Time tu ada nampak sekumpulan orang putih masuk ke belakang untuk pergi ke tempat homestay mereka. Kalau nak tahu dekat sini juga pelawat digalakkan untuk ambil servis Pemandu Pelancong dengan bayaran RM 50 untuk maksimum 10 orang dalam satu kumpulan bagi seorang pemandu pelancong.

Selamat tinggal gajah-gajah! Lepas tu kami pun bertolak pulang ke Selangor. Dah separuh jalan baru teringat beg diapers Wardah tertinggal dekat sana. Marilah berhuhu. Itulah kejadian yang tidak diingini. Tapi alhamdulillah kami berjaya dapatkan semula beg tersebut yang dalam dia ada buku pink adik! Yang pulangkannya adalah petugas di Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah juga. MasyaAllah baik sangat diorang. Siap tolong pos kan semua. Alhamdulillah selamat beg tu dalam berkeadaan yang super baik. Terima kasih kepada petugas-petugas yang sangat bertanggungjawab.
Kalau tak tahu nak bawa anak ke mana hujung minggu bolehlah ke sini. Hanya ambil masa kira-kira 2 jam sahaja dari Selangor atau Kuala Lumpur.
Leave a Reply