Makan Kambing di Kafe Kampung Kaw!
Pengalaman, Review Kafe Kampung Kaw Port Dickson | Ini adalah kali kedua UZ makan dekat Kafe Kampung Kaw yang bertempat di Port Dickson. Yang memperkenal kafe ini adalah kakak ipar UZ. Pemilik kafe merupakan kawan baiknya masa di Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
Memang tertarik dengan Kafe Kampung Kaw yang membuatkan UZ nak datang lagi untuk kali kedua dan seterusnya. Apa yang menariknya Kafe Kampung Kaw?

Pertama sekali, persekitaran di restoran yang menenangkan. Jauh dari hiruk pikuk bandar. Lalat tu biasalah. Hahaha. Waktu kali kedua datang tu macam banyak pula lalat, tapi waiter kat sini semua baik belaka. Mereka memang dah prepare agaknya, bila tahu kami tak selesa dengan lalat, mereka sediakan lampu untuk halau lalat. Berkesan! Jadi nak makan pun selesa.
So benda ni bawak kepada point yang kedua which is waiter and waitress dekat Kafe Kampung Kaw ni yang buat dia tambah lagi menarik. So far memang puas hati dengan servis mereka. Walaupun ramai orang mereka tetap ramah melayan pelanggan.



Yang ketiga semestinya makanan dia! UZ dah terjatuh hati dengan menu kambing dekat sini. Kafe Kampung Kaw beroperasi bermula hari Selasa sehingga Ahad dari jam 8.00 pagi sampai 2.30 petang. Kalau hari Jumaat, sampai pukul 12,30 tengahari je. Isnin pula kafe di tutup. Dan kafe ini juga tidak sediakan sebarang reservation servis. Kena walk in je.

Ada dua kategori menu yang disediakan iaitu belah pagi ada nasi lemak yang memang wajib di cuba. Masuk tengahari, nasi lemak dah tak ada tau. Sama juga menu macam roti bakar telur goyang semua tu, belah pagi sahaja ada. Jadi rancanglah perjalanan korang sebaiknya ok, ehehe. Yang buat special pagi tu nasi lemak dia je. Tapi bukan nasi lemak biasa tau, ada kambing!
UZ datang dua-dua waktu tu dah tengahari, memang tak dapat lagi nak rasa nasi lemak dia. Mampu baca review je sekarang hahaha
Tapi UZ suka kambing bakar dia! Memang sedap. Menu yang UZ dan suami serta anak order ialah Fish and Chips, Tulang Kaw Mashed, Kambing Kaw Mashed, Roti Gemok, Kuah Sardin, Air Sarsi, Kopi 434 Muar, dan Air Kosong. Kalau bagi rate bintang, makanan dia 8/10. Mamma Mia! xD


Harga biasalah kan makan kambing, harga kambing la. Hahaha. Tapi takdelah macam makan steak wagyu tu. Masih dalam bajet yang berpatutan. So korang bolehlah ke sini sebelum nak pergi mandi dekat Port Dickson tu.
Yang mana teringin nak makan kambing dekat area Negeri Sembilan or to be exact di Port Dickson ni, marilah cuba dekat sini. InshaAllah tak menyesal. Kenyang dan puas hati serba serbi. Datang tu jangan terkejut tau sebab ramai manusia makan dekat sini. Kalau timing salah macam peak hour time orang tengah kebulur tu, memang kena tunggu sekejap ler. Hihihi
Teringin nak cuba makan di Kafe Kampung Kaw? Tinggalkan komen tau kalau dah cuba, UZ nak tahu juga review korang nanti ^^
Leave a Reply