Review Tetralogi Novel Laskar Pelangi Andrea Hirata | Pembaca Malaysia

Review Novel Tetralogi Laskar Pelangi Karya Andrea Hirata | Review buku kali ini ialah sebuah novel dari negara seberang iaitu Indonesia. Novel Laskar Pelangi ialah yang pertama, diikuti oleh Sang Pemimpi, Edensor dan yang terakhir dalam tetralogi ini Maryamah Karpov.

UZ akan review satu-satu tajuk novel bermula dari yang pertama iaitu Laskar Pelangi. Untuk pengetahuan para pembaca, kesemua novel tetralogi Laskar Pelangi kecuali Maryamah Karpov telah masuk ke layar filem. Namun, sudah semestinya buku lebih lengkap dari filem. 

Selain itu karya agung Andrea Hirata ini juga telah di alih bahasa kepada pelbagai bahasa. Maka secara tak langsung pembacanya dah melangkaui seantero dunia! Buku yang UZ baca adalah original asli dari bahasa Melayu Belitong sendiri kecuali Maryamah Karpov, UZ tak jumpa yang original. Jumpa dari terbitan oleh PTS Media sahaja yang mana bahasanya tak sepenuhnya Melayu tapi dia dah ubah sikit supaya pembaca Malaysia lebih faham. 

Cuma sebab UZ dah terbiasa baca dari novel pertama Laskar Pelangi, Sang Pemimpi dan Edensor dalam yang original, jadi kekok plak bila masuk novel keempat! 

So jom kita baca sama-sama, best sangat ke novel Laskar Pelangi karya Andrea untuk di baca?

Novel 1: Laskar Pelangi

Novel pertama ialah Laskar Pelangi yang mana dalam novel ini bermula kisah 10 orang kanak-kanak yang datang dari keluarga sangat miskin di daerah Belitong. Waktu tu, Belanda masih lagi kaup hasil bumi dari Belitong iaitu timah. Orang miskin memang tak berpeluang langsung nak sekolah.

Hanya yang kaya sahaja. Sampailah suatu saat, ada dua orang cikgu yang berjiwa besar iaitu Pak Harfan dan Ibu Muslimah yang buka semula Sekolah Muhammadiyyah. Satu-satunya sekolah yang menekankan pendidikan agama Islam sebagai tunjang utama. 

Watak utama novel ialah Ikal.

(Dan sebenarnya thru out the whole novel sampai Maryamah Karpov pun memang Ikal watak utamanya)

Bayangkan dalam keadaan orang Melayu yang merupakan penduduk majoriti jenis tak hantar anak pada sekolah, malah mereka langsung tak percaya bahawa pendidikan boleh ubah pun nasib – tapi ada 10 orang ibu bapa yang masih percaya sebaliknya. 

Itu pun last minit, Pak Harfan nak putus asa sebab kerajaan putuskan kalau tak sampai 10 orang yang hadir masa perjumpaan sekolah kali pertama, maka sekolah tak boleh diteruskan. Harun penyelamat untuk situasi mereka. 

Harun seorang yang berbadan dewasa tapi terperangkap dalam fikiran seorang budak. Kanak-kanak istimewa. Dialah yang selamatkan kawan-kawan lain supaya boleh tetap bersekolah.

Dalam novel ini disampaikan liku-liku bagaimana mereka menjadi seorang yang berani bermimpi walaupun datang dari sekolah dan keluarga yang serba kekurangan. 

Lintang adalah seorang yang super genius. Dia pergi sekolah naik basikal sejauh lebih 60 km meredah hutan, belukar dan buaya! Tapi dialah orang pertama yang sentiasa sampai dekat sekolah.

Mahar tokoh perkara yang melibatkan kesenian serta ilmu kepawangan. Kalau Lintang pandai bab akademik, dia pulak bab artistik nombor satu. Wajib baca bahagian yang mana Mahar di beri tanggungjawab untuk memimpin kawan-kawan dia join perarakan. Kelakar + genius! Hahaha

Trapani gambaran lelaki yang hensem. Tapi pengakhiran cerita dia sangat menyedihkan. 

A Kiong satu-satunya murid bukan Melayu dan bukan Islam di hantar kat Sekolah Muhammadiyah.

Apa yang menariknya novel ini ialah bila digambarkan bahawa masyarakat dekat situ tak kisah pun soal kalau kau dari agama Islam nak ajar orang agama lain. Takde diorang fikir nak sebarkan dakwah ke, paksa masuk Islam ke, takde..

Memang harmoni je hidup masyarakat Belitong walaupun memasing miskin.

Sahara pula watak murid perempuan satu-satunya dalam kalangan kumbang. Berpewatakan tegas dan keras tapi menceriakan.

Samson seorang yang obses dengan bab-bab fizikal seperti bina badan.

Kucai jarang keluar tapi dia ialah ketua kelas yang selalu pening kepala dengan karenah kawan-kawan dia. Borek ialah watak yang melengkapkan geng kumpulan Laskar Pelangi.

Novel pertama ini menceritakan dengan sangat terperinci kisah setiap seorang dari mereka dan bagaimana mereka bangkit melawan rasa tidak yakin diri serta pesimis hanya kerana disebabkan mereka serba kekurangan. 

Bila baca bab Lintang memang amazing masyaAllah. Sampai rasa nak cari semula apa fakta yang Andrea kemukakan dalam cerita dia. Jangan baca novel sekuel yang lain kalau belum mula dengan Laskar Pelangi tau.

Dalam ini juga dikisahkan macam mana Ikal jumpa dengan cinta pertama dia iaitu A Ling yang akan jadi elemen tersangat penting sampai novel akhir!

Novel 2: Sang Pemimpi

Sang Pemimpi sambungan dari Laskar Pelangi yang lebih berfokus kepada Ikal, Arai dan Jimbron.

Waktu dalam novel ini ialah mereka semua kat sekolah menengah atas (SMA). Ikal dengan Arai adalah sepupu jauh. Arai anak yatim piatu. Keluarga Ikal ambil dia dan besarkannya sejak usia 5 tahun Mak Ayah dia dah takde. 

Disebabkan Ikal jarak dengan adik beradik jauh, dan dia takde adik beradik yang lebih kurang umur dia, jadi dia happy giler bila Arai masuk keluarga dia. Bestfriend teramat sangat!

Arai plak jenis orang yang suka membahagiakan orang lain. Sentiasa ceria dan semangat. Tambah bersemangat bila ada cikgu sekolah dia yang menaikkan lagi semangat tiga sekawan Ikal, Arai dan Jimbron untuk kejar cita-cita sampai kepada negeri Perancis!

Cuma Jimbron je tak obses sangat dengan belajar setinggi ke Perancis. Dia obses dengan kuda! Hahaha. Kelakar betul bila diceritakan macam mana keobsesan Jimbron dengan kuda sampailah klimaks dia bila Belitong digemparkan dengan kehadiran kuda. 

Waktu tu semua orang ternganga tengok kuda sebab tak pernah seumur hidup mereka nampak haiwan tu. Terpaling obses yang semua penduduk Belitong tahu tentang kuda ialah Jimbron!

So Jimbron dia tak hairan sangat pasal belajar tinggi. Dia nak kuda je. 

Hidup mereka bertiga dalam mengejar cita-cita sangat susah digambarkan dalam novel ini. Kalau awak rasa kurang semangat dengan hidup, bacalah novel Sang Pemimpi dan lihat bagaimana semangat mereka ingin mencapai cita-cita.

Sangat tak mudah dan banyak bab yang putus asa kecuali Arai – watak yang ya Allah memang tak reti give up la budak ni! Mereka bertiga kerja siang malam pagi petang kerah tenaga kumpul duit nak ke Perancis sambung belajar. Cuma Jimbron tu pelik kenapa dia tungkus lumus jugak walaupun dia tak nak sambung keluar Belitong. 

Jimbron siap ada dua tabung. Bila dapat je gaji, dia masukkan duit dengan adil lepas bahagi dua kat dalam kedua-dua tabung. Nak tahu kenapa kenalah baca novel Sang Pemimpi, UZ tak nak spoil kan haha

Dalam Sang Pemimpi juga Andrea beritahu tentang cinta pertama Arai pula iaitu Zakiah! Bersambung…

Novel 3: Edensor

UZ sendiri tak pernah dengar nama Edensor sampailah baca tentang Edensor dengan terperinci dalam Edensor! Sebenarnya Edensor dah ada sejak dari novel Laskar Pelangi yang pertama lagi. Ikal dikenalkan dengan Edensor sebuah kampung kecil dekat United Kingdom dari satu buku yang dihadiahkan A Ling lepas A Ling menghilangkan diri pindah keluar Belitong.

Dari Edensor juga Ikal dapatkan balik semangat masa dia still belajar dekat Sekolah Muhammadiyah dulu supaya dia belajar rajin-rajin dan dapat pergi tempat secantik Edensor.

Ikal sendiri tak tahu yang Edensor ni wujud. Dia cuma ingat ceria je. Jadi dia just sebut nak ke tempat yang cantik macam Edensor. And dalam novel Edensor inilah Ikal akhirnya bertemu dengan kampung Edensor! Ironi sangat.

Kalau Sang Pemimpi ialah kisah masa Ikal dengan Arai masih sekolah, Edensor ini pula ialah masa mereka tengah buat Master and guess where? Yups! Di Perancis and to be exact di Sorbonne.

Ya Allah baca kisah ini pun buat UZ sendiri semangat. Mengenangkan bertapa motivate-nya mereka berdua kejar impian. 

Disampaikan kisah bagaimana Ikal tidak berputus asa cari A Ling sampai ke Russia weh. Bila baca macam tak logik, gila la Ikal ni. Tapi itulah kisahnya.

Di tambah dengan keseronokan belajar dengan Perancis. Bila mana Eiffel Tower tu macam rumah sebelah. Hari-hari pun mereka boleh datang dekat tower tu. Argh! I couldn’t imagine how beautiful it is! Nak pergi Parissss!!!

Nampak macam senang tapi hakikatnya it isn’t easy untuk Arai dan Ikal sampai ke sini 🙂

Novel 4: Maryamah Karpov

So dalam novel Maryamah Karpov, Ikal dah pulang semula ke Belitong dan tamat Master. Tapi sangat sadis, seperti kebanyakan graduan lain, dia taman anggur je dekat rumah. Kesian giler asyik kena perli je. Tapi dia rilek je hahaha

Basically novel Maryamah menceritakan tentang pencarian Ikal secara serius dekat A Ling! Gila kan, after berpuluh tahun dia masih cintakan A Ling yang entah mati entah hidup. 

Sekali lagi Andra Hirata menerapkan elemen impian bila Ikal buat kerja gila dalam novel ini iaitu nak buat perahu! Dahlah plak tu dia disisihkan orang kampung sebab orang kampung masing-masing betting kalau Ikal dapat atau tak buat perahu. 

Suasana masyarakat diceritakan dengan baik oleh Andrea yang mempertonton bahagia harmoni sebuah masyarakat walaupun ada betting. LOL

Banyak watak yang diceritakan dalam novel tapi yang paling best ialah bila geng Laskar Pelangi yang 10 orang tadi tu bergabung semula! Touching baca bila mereka semua reunion semula lepas puluhan tahun di Sekolah Muhammadiyyah – sekolah pertama mereka.

So nak tahu ending Ikal dengan A Ling? Bacalah. 

Andrea banyak menggunakan elemen bercerita atau storytelling yang sangat menarik dan penuh dengan elemen surprise. Memang ketawa terbahak-bahak weh kalau part lawak tu. Korang tak boleh nak kedip mata mesti rasa nak habiskan cepat perenggan yang ada. Lepas tu kalau nak baca novel ini tolong baca ikut turutan dia tau sebab nanti korang tak faham and blur. Coz dari satu novel ke satu novel semuanya ada kaitan antara satu sama lain

Leave a Reply