Alhamdulillah selamat sudah bersalinkan anak nombor tiga kali ini. Pengalaman setiap kali melahirkan pasti berbeza walau dah berapa ramai anak pun. Setuju Mommy? Syaza harap perkongsian Syaza dapat membantu Mommy terutama kalau kes Mommy hampir serupa dengan Syaza. Apa pun setiap birth experience adalah berbeza. Enjoy your birth experience! Kalau ada sebarang soalan nak tanya berkaitan, boleh komen kat bawah blogpost ni ya.
10 Oktober 2024 – Khamis
Kandungan Syaza berusia 39 minggu dan 5 hari. Hari ini adalah hari di mana Syaza perlu datang untuk check up di Klinik Kesihatan Bangi. Syaza ada GDM, jadi tak boleh overdue. Pengalaman anak pertama dan kedua, both bersalin semasa Syaza mengandung hampir 41 minggu. Masa anak pertama, Syaza sepatutnya datang hospital untuk induce tapi baby dah distress, maka proceed emergency czer. Anak kedua pula, pun sama serah diri untuk induce dan alhamdulillah dapat successful vaginal birth after caesarean (VBAC). Tapi untuk nombor tiga, kerana GDM – maka tak bolehlah lebih 40 minggu. Kalau GDM yang makan ubat metformin atau insulin, lagi la – kena bersalin masa 37 atau 38 minggu. GDM on diet dan baby pun tak besar mana, boleh tunggu sampai 40 minggu.
Masa ni Syaza sebenarnya dah ready untuk serah diri awal. Sebab Syaza takut kalau Syaza datang ngam masa 40 minggu, risiko untuk czer sangat tinggi. Jadi Syaza rancang untuk cakap kat doktor, nak serah diri hari Jumaat, 11/10/2024.
Qadarullah, doktor kata, “Masin mulut Mak. Mak memang kena warded hari ini ya. Air ketuban kurang dah ni. So boleh makan-makan dulu, nanti sebelum jam 5 petang terus pergi PAC. Nak bersalin mana?”
Wah, plan nak serah diri Jumaat, rupanya Allah punya perancangan, serah diri hari ini juga! Hahaha. Itu la kan, kita rancang, Allah rancang dan perancangan Allah yang terbaik. Syaza bagitahu doktor, nak bersalin Hospital Putrajaya. Doktor terus buat surat untuk refer Putrajaya.
Doktor KK suruh terus pergi dekat PAC Putrajaya sebelum jam 5 petang sebab katanya kalau sebelum jam 5 petang tu, inshaAllah doktor pakar atau medical officer (MO) yang akan handle. Lepas balik dari KK, terus ambil Zehraa dekat tadika, balik rumah kejap – ambil beg nak bawak ke hospital dengan beg anak-anak untuk diorang stay dekat rumah nenek diorang. Solat Zohor semua siap-siap dekat rumah. Sampai Hospital Putrajaya pukul 2.30 petang, kami sekeluarga makan dulu dekat kafe hospital. Itu adalah pertama kali tau Syaza jejakkan kaki dekat Hospital Putrajaya. Memang tak pernah langsung pergi dekat situ. Impression pertama Syaza – hospital ini tak sesak macam Serdang. Parking senang cari. Kalau Serdang – Ya Allah, sesak sangat! Berbeza dengan Hospital Putrajaya.
Selesai makan, say goodbye dekat anak-anak yang dah pun di ambil oleh makcik diorang – Syaza terus pergi ke PAC dekat bangunan O&G – yang memang khas untuk ibu mengandung sahaja. Masuk dalam PAC, suami tak boleh ikut. Hanya kita sahaja. Memang sangat nervous waktu tu sebab Syaza takutlah, boleh ke bersalin dekat sini? Syaza walk in, tambahan pula Syaza bukan duduk di Putrajaya.
Masuk je, terus ada nurse yang attend –
“Ye kenapa Puan?” Syaza serahkan surat referral kepada nurse. Dia take note terus minta Syaza daftarkan diri dekat kaunter di situ. Bagi IC and kena tukar kain pink. Tapi masa tu Syaza masih blur, “EH BETUL KE AKU NI DAH NAK BERSALIN?” Dah 3 anak pun blur bila sampai masa macam ni ye. Hehehehe. Korang jangan risau, diorang takde tanya pun korang asal dari mana dan kenapa nak bersalin Putrajaya. Cuma, awal-awal masuk walk in, nurse terus cakap kat Syaza, “Dekat sini, walaupun kita government, tapi semua first class ye Puan. Ini details bayaran caj kat sini. Puan kerja kerajaan atau suami kerja kerajaan?” Syaza fulltime housewife dan suami kerja swasta. So takde la GL apa semua tu.
Nurse tengok, “Aik, kenapa tak tukar lagi kain warna pink. Kan saya suruh tukar tadi,”
Barulah menggelabah tukar. Waktu di PAC ini, ada 4-5 orang mak lain. Ada yang datang macam Syaza dengan surat, ada yang datang dalam keadaan tengah kesakitan. Memang tak ramai dan tak meriah ye dekat PAC. Pakai je kain pink, terus Syaza di minta baring untuk buat CTG. Dekat PAC masa ni, semua staff perempuan kecuali ada seorang doktor lelaki. Syaza keep berdoa agar dapat doktor perempuan yang buat vaginal check (VE) – just in case.
Dah buat CTG, semua ok, sekarang tiba masa untuk mereka scan bagi mengesahkan sejauh mana air ketuban Syaza sikit and ya memang sikit – atau nama medical dia – oligohydramnios. Tibalah kepada yang dinantikan iaitu buat VE atau check jalan dekat bawah. Oleh kerana Syaza belum bernasib baik di PAC, maka doktor yang periksa VE ialah seorang doktor lelaki. Tiada langsung bukaan jalan dekat Syaza. Satu lagi yang perlu korang tahu adalah, Syaza pernah bersalin emergency czer masa anak pertama – Zehraa. Anak kedua – Wardah – alhamdulillah Syaza dapat successful vaginal birth after caesarean (VBAC). Dapat bersalin normal masa anak nombor dua dengan cara induce.
Lepas doktor lelaki buat VE dan confirm takde bukaan langsung, dia terus refer atasan dia untuk planning. Alhamdulillah doktor perempuan yang datang. Sepanjang dekat PAC, sekali je Syaza kena seluk. Sebab apa Syaza cerita benda ni ialah kerana masa anak pertama dekat Hospital Enche Besar Kluang – Syaza kena seluk banyak kali even di PAC! Padahal tak ada bukaan pun. Tapi doktor lelaki tu, seluk berulang-ulang kali and dia adalah seorang housemen (HO). So Syaza rasa dia nak ‘study’ sebab tu dia keep on seluk. Itu cerita bersalin dekat Kluang, anak pertama. Memang Syaza trauma sikitlah kena seluk banyak kali. Bila anak kedua Syaza bersalin Andorra, masyaAllah sangat best – takde pun kena seluk selalu. Recover la dari trauma masa anak pertama dulu. Yang ini di Putrajaya – dekat PAC – sekali je kena. Ok la, tak macam Hospital Kluang.
Teruskan cerita, doktor pakar pun kata – “Ok Puan, air ketuban Puan memang sikitlah ya. Bacaan 5 sahaja. Jadi kami akan induce Puan sebab tak ada bukaan. Kita akan induce dengan belon. Nanti doktor dekat wad akan cerita lagi details,” doktor pakar minta sekali Syaza kongsi history pasal VBAC anak kedua, macam mana buat induce. Syaza pun kongsi sejarah – anak kedua, Syaza induce pakai ubat, ada bukaan 1 cm, dan Dr Haleza buat membrane sweep, pecahkan ketuban dan drip ubat dekat labour room. Dalam labour room dari jam 10 malam, 2.30 pagi beranak.
Tapi sayangnya, dekat Putrajaya diorang dah tak amalkan induce pakai ubat untuk Mak yang ada parut czer – so induce ubat bukan untuk Syaza – pilihan induce belon sahaja yang ada. Sebabnya ialah kerana kata doktor kat situ, pernah ada kes rahim pecah di Putrajaya bila induce dengan ubat untuk Mak czer – so sejak tu diorang dah tak amalkan di Putrajaya.
At that time Syaza 50-50 untuk yakin yang kali ni dapat lagi VBAC. Walaupun dah berjaya VBAC sebelum ni, tapi akan tetap risau sentiasa sebab once ada scar czer, akan forever di anggap berisiko untuk bersalin normal. Tambahan pula, Syaza punya rekod sepanjang mengandung tak pernah sakit contraction datang sendiri. Sama macam anak ketiga, takde sakit sendiri. Kena bersalin paksa juga.
Selesai urusan semua, Syaza naik ke wad lepas suami Syaza uruskan pembayaran dekat bahagian Hasil di lobi utama. Awalnya Syaza nak ambil yang bilik seorang sebab kononnya nak suami teman. Tapi rupanya tak boleh suami teman walaupun duduk bilik seorang melainkan untuk yang ada ambil FPP. Kiranya kalau korang nak suami teman dalam wad, ambil wad seorang DAN pakej FPP. Kalau FPP tak silap Syaza deposit naik wad RM3,000. Yang tak FPP macam Syaza, deposit cuma RM800 sahaja.
Syaza pun ambil 4 bilik seorang. Nak dekat pukul 6 petang, Syaza pun naik ke wad dengan di hantar oleh nurse pakai kerusi roda dari PAC sampai ke wad. Setakat sekarang nurse semua baik-baik belaka. Suami boleh ikut naik wad melalui tempat lain sebab kebetulan masih masa melawat. Masa melawat dekat Hospital Putrajaya kalau Isnin sampai Jumaat bermula pukul 12.30 tengahari sampai 2.30 petang dan 4.30 petang sampai 7.00 malam. Hari Sabtu Ahad paling seronok – waktu melawat mula 12.30 tengahari sampai 7.00 malam. Syaza sampai dekat wad 2B, tapi kena duduk sekejap dalam bilik pemerhatian sebab katil penuh tengah tunggu patient discharged. Bilik pemerhatian dia macam asrama sekolah! Hahaha. Ada katil 4 biji, TV. Suami cakap, “Masuk asrama ke?” Hahahaha.
Perut Syaza sangat lapar ye sebab dah petang kan, alhamdulillah ada makanan disediakan. Bolehlah, makanan hospital – what do we expect kan, hehehe. Nak bandingkan dengan meal by Chef Zubir di Hospital Andorra memang jauh panggang dari api. Dah kenyang pun alhamdulillah. Setengah jam sebelum waktu melawat habis, ada seorang doktor perempuan berbangsa India datang dan kenalkan diri. Katanya esok dia la doktor yang bertanggungjawab untuk induce Syaza. Paling scary bila dia kata, “Risiko induce belon ialah baby akan terpusing (jadi songsang atau senget) ye. Ada apa-apa nak tanya?”
Entahlah, takde apa nak tanya. Nak beranak je, hahaha. Suami pun balik, waktu melawat dah tamat. Bilik pun dah ada, Syaza terus masuk bilik 4 orang. Nurse baik ye, dia tolong bawakkan beg kita. Kalau pengalaman bersalin government yang kat Kluang dan pengalaman warded dekat Serdang dulu, memang takdelah nurse nak tolong bawakkan barang-barang. Kena sembur lagi ada la. Yela faham diorang kan banyak orang nak jaga. Jadi anda sila jaga diri sendiri. Gitu. Tapi alhamdulillah di Hospital Putrajaya, memang nurse banyak membantu!
Syaza pula segan masa tu sebab rasa awkward. Masuk je bilik tu, Syaza terus terfikir – “Sebiji macam bilik dekat Andorra 4 katil tapi besar lagi, cuma beza takde TV je,” Kat Andorra dulu Syaza ambil bilik single, usha bilik katil 4 dari website, memang nampak kecik berbanding kalau Putrajaya. Itu je la beza, dari segi interior dan juga tahap kebesaran serta kewujudan TV. Selebihnya memang selesa sangat la ye wad dekat Putrajaya. Berbaloi. Mak-mak pun tak ramai. Santai je. Macam rilek je.
Sepanjang malam ni, Syaza takde buat apa sangat. Baring, rehat. Esok pagi buta baru induce. Tengah duk rilek, nurse datang minta Syaza tukar ke bilik berdua. Syaza ingatkan upgrade bilik percuma, hahahaha. Rupanya dia kata, nak bagi bilik berempat kepada mak-mak yang high risk. Syaza pun ok je la. Lagi selesa bilik berdua. Beza dia ialah dari segi toilet. Kalau bilik berempat, toilet dia dalam tu ada asing kawasan nak mandi dengan buang air, lepas tu ada sinki kat luar. Yang bilik berdua, dia sekali kan shower dengan tempat buang air sinki semua. Macam bilik air kat rumah. Almari semua ada sama je mana-mana bilik. Ada juga usha bilik seorang, bezanya ada TV – tapi TV zaman Tok Kadok yang tebal! Hahaha.
Sepanjang malam Syaza tak berapa nak rehat sangat sebab katil sebelah baru melahirkan dan baby dia asyik menangis je. Kesian dia, mesti stress. Sambil tu ada juga baca sikit-sikit pengalaman Mak lain induce belon terutama Mak yang pernah czer sebelum ni. Syaza tak dapat nak borak apa sangat dengan orang sebelah memandangkan dah malam and tirai semua dah tutup. Syaza pun tariklah tirai Syaza – tutup dan sambung rehat untuk persediaan esok.
11 Oktober 2024 – Jumaat
Tibalah hari yang di nanti. Ikut jadual, pukul 7.00 pagi kena induce. Tapi nurse panggil awal. Standby depan bilik prosedur dan tunggu Dr panggil. Dr yang sama datang semalam dekat wad, doktor perempuan berbangsa India. Sorry Dr, saya lupa nama awak. Huhuhu
Ada 2 orang lagi Mak lain tengah beratur dengan Syaza. Yang sorang tu muka ketat je, Syaza abaikan je la dia. Berdebar agaknya. Syaza borak dengan yang lagi sorang. Kena induce juga tapi pakai ubat. Anak nombor dua. Ada GDM dengan ubat dan kena induce masa 38 minggu. Menunggu la kami berjemaah. Pagi tu ada 2 doktor. Sorang lelaki, doktor HO. Sorang lagi Dr perempuan India, MO. Amazingly, HO tu langsung tak take part ye. Dia cuma duduk di sebalik tirai untuk ambil catatan je apa yang MO cakap. Tu je.
Doktor pun panggil masuk, Mak yang muka ketat suruh Syaza masuk dulu. Kita pun, ok la masuk je la, confident kau! Hahahaha. Sekali doktor cakap, “You induce belon kan? Nanti dulu, belon lambat sikit. Bagi yang ubat dulu,” Wah, makin berdebar la Mak ketat. Maka dia pun masuk dulu. Syaza last sekali. Nervous tau sebab tak pernah lagi masuk belon.
Pertama kali kena seluk dengan MO India pagi tu, Ya Allah sakitnya! Dia kata rahim Syaza ke belakang dan jauh lagi. Korang bayangkan bentuk J, macam tu la tangan dia pergi. J ke belakang. Nasib baik ada nurse yang tolong tenangkan Syaza. Lama juga masuk belon tu ada dalam 20 minit. Lepas tu Dr terangkan dekat Syaza, diorang akan bagi Syaza masa 24 jam mula dari masa belon masuk. Kalau belon tu keluar, maksudnya dah ada bukaan la kat Syaza. Belon akan keluar bila bukaan dah ada 3-4 cm. Tapi kalau belon tak keluar, diorang akan keluarkan – dan check bukaan. Jika tiada, maka akan teruskan dengan czer. Ya Allah stress dengan perkataan czer. Syaza tak nak lagi czer ye kalau boleh. Hurmmmm…
Bila belon dah ada dalam kawasan kita tu, takde la sakit pun. Cuma rasa tak selesa je la. Ada benda tergantung. Nak masukkan je la macam azab sikit. Nurse nasihatkan Syaza untuk banyakkan berjalan. Syaza pun berjalan je la sepanjang hari tu dengan harapan semoga belon tu jatuh sendiri. Bila suami datang melawat, berhenti ronda wad – mentekadarah kejap. Hahaha
Sempat borak dengan Mak katil sebelah, seorang chinese. Sebelum ni memang dia bersalin Putrajaya. Now anak nombor dua. Duduk dekat Puchong. Jadi korang jangan risau, Putrajaya terima je walau di ceruk mana pun korang duduk kalau nak bersalin dekat diorang.
Tiba-tiba malam sekitar jam 8.00 malam, Syaza nak buang air besar. Tak tahan sangat dah. Sebenarnya dah tahan dari tengahari, hahaha. Takut nak meneran punya pasal, risau belon terkeluar sebelum waktunya. Tengah duk membuang, belon keluar! Tapi Syaza tetap tak berapa nak gembira, Syaza rasa belon keluar kerana meneran berak? Entahlah. Berdarah-darah weh belon tu. Sebelum belon tu keluar, ada la keluar lendir-lendir darah. Cuma Syaza abaikan je.
Inform la nurse. Kecoh plak satu wad kata belon budak ni dah keluar, hahaha. Syaza pun kongsikan kegusaran di hati – rasa belon tu keluar bukan kerana ada bukaan tapi sebab teran masa berak! Nurse cakap, boleh jadi tapi mustahil sebab belon tu diorang akan masukkan dekat pangkal rahim which is dalam la takkan senang-senang nak jatuh macam tu je. Cuma Syaza syak belon tak dimasukkan dengan betul sangat sebab doktor tu kata pangkal rahim Syaza sangat jauh. Masa dia masukkan tu pun dia berkerut je all the time. Nurse kata takpe tunggu doktor check.
Waktu Isyak pun dah berlalu, marilah kita check jalan kot ada bukaan since belon dah jatuh kan. Malamnya, doktor lain yang check. Syaza ingatkan dia HO, rupanya MO – doktor perempuan juga. Doktor India perempuan dah sakit check jalan – rupanya MO malamnya 20 kali ganda dia seluk punya sakit! Arghhhhhhh. MasyaAllah sakit giler weh. Tangan dia pendek-pendek. Memang lagi tak sampailah pangkal rahim Syaza. Sampai menjerit weh. Dia pulak seluk memang tak bagi chance. Nak dipendekkan cerita, TIADA BUKAAN! Syaza dah frust sangat.
“Puan nak cuba juga kan bersalin normal?”
“Ya. Tak boleh induce sekali lagi masuk belon ke Dr?”
“Tak boleh. Belon hanya percubaan sekali je,”
“Kalau masuk ubat?”
“Tak boleh Puan. Putrajaya tak amalkan dah masuk ubat untuk yang ada previous scar,“
“Jadi macam mana Dr?”
“Kita tunggu sampai esok pagi. Kalau tak ada juga bukaan, kita proceed czer,”
Syaza dah tersangat kecewa dengar doktor cakap macam tu. Berbalik pada sejarah Syaza yang memang setakat anak dua tak pernah langsung ada bukaan secara sendiri semulajadi. Semua anak Syaza datang untuk serah diri bagi di induce dekat hospital. Dah macam cara Syaza cuba bagi ada sakit contraction datang secara semulajadi. Tapi tu la, Syaza tak sekuat macam sesetengah Mak yang boleh tunggu sampai 44 minggu bagi baby keluar sendiri. Nak plak Syaza memang ada problem, air ketuban kurang. Dari anak pertama, air ketuban kurang bila sampai masa serah diri. Anak ketiga dah pandai la kononnya, ada la usaha bagi air ketuban tu nak banyak. Dah kalau dia nak sikit, nak buat macam mana. Hahaha
Apa pun Syaza tetap bersyukur dengan perancangan doktor di Putrajaya. Walaupun air ketuban kurang, mereka tak simply terus jump into a conclusion untuk czer. Mereka bagi peluang untuk Syaza normal. Syaza prefer bersalin normal – biar sakit beranak jangan sakit czer. Yang tahu je tahu.
Sedih, malam tu juga Syaza menangis dekat atas katil lepas balik dari bilik prosedur tu. Nurse datang untuk update nak tanya ada bukaan tak, dia nampak Syaza menangis. Ada sorang nurse suruh Syaza rehat dan jangan fikir banyak.
Syaza luahkan kegusaran pada suami, tak nak czer! Suami minta Syaza untuk terus berdoa dan positif. Walaupun dah pernah berjaya VBAC, tapi tu la sekali dah ada parut, memang high risk as always. Cuma apa yang Syaza risau adalah sejarah Syaza yang tak pernah ada sakit sendiri. Masa ni la iman teruji. Walaupun dah banyak dengar banyak kelas pasal natural and gentle birth – tetaplah tak rilek even anak ketiga ye. Suami pun ingatkan yang jangan bergantung kepada induce, tapi letak kebergantungan kepada Allah. Syaza minta pendapat seorang kakak merangkap sahabat, dia pun bagi nasihat sama untuk percaya dengan badan sendiri, yakin, positif. Dia cadangkan Syaza baca Yaasin 7 mubin dan mintalah apa saja dengan penuh pengharapan.
Syaza dah drain out sangat malam tu. Menangis semahunya. Nasib baik katil sebelah dah discharge, takde orang, tak segan sangat – kahkahkah! Maka sebab dah penat mental dan fizikal (jalan dekat 5,000 steps dalam wad je) – Syaza ambil keputusan untuk tidur dan nak bangun 3 pagi macam tu untuk baca Yaasin 7 mubin. Alhamdulillah Syaza tidur nyenyak malamnya. Memang sebelum tidur, serahkan sepenuhnya kepada Allah – apa nak jadi, jadi. Allah lebih tahu apa yang terbaik.
Jam 3 pagi terbangun, solat sekejap dan teruskan Yaasin 7 mubin. Ada sorang nurse asyiklah risau Syaza tak tidur. Dia ingat Syaza stress sangat kot. Walhal masa tu Syaza dah pun redha dengan sebarang perkara yang telah atau akan berlaku. Selesai baca Yaasin, Syaza sambung tidur dengan perasaan yang sangat tenang. Alhamdulillah.
13 Oktober 2024 – Sabtu
Tiba waktu yang dinantikan iaitu untuk check jalan. MO yang sama macam malam semalam. Sumpah sakit giler! Syaza sempat sebelumnya jumpa Mak 2 orang dan Mak lain yang nak induce. 2 hari sebelum, Mak yang Syaza borak memula tu yang induce sama dengan Syaza – tapi induce ubat – akan di induce sekali lagi sebab bukaan dia stuck dekat 2 cm. Mak muka ketat pula, bukaan dah 5 cm dan ready nak di hantar ke labour room. Alhamdulillah, seronok untuk dia! Jalan pun dah muka intense betul kesakitannya.
Berdebar nak tahu sama ada pagi ini ada bukaan atau masih tertutup kemas rahim Syaza. Cuma macam biasa, doktor MO yang ini memang tersangat sakit bila dia yang check jalan!
“Ada bukaan, 3 cm macam tu,”
“Ada bukaan Dr?”
“Ya, ada. Prepare untuk di hantar ke labour room. Nanti minta HO pecahkan air ketuban dia di wad,”
Ya Allah tiba-tiba rasa berbaloi kena seluk walaupun kesakitan. Alhamdulillah tak sangka pagi ini dah ada bukaan 3 cm dan terus nak di hantar naik ke atas labour room! Kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah.
“Awak memang nak cuba normal kan?”
“Ya doktor,”
“Ok kita naik LR. Nanti pecahkan ketuban, drip di LR – kita bagi masa 8 jam. Jika tiada progress akan teruskan dengan emergency czer ya,”
Alhamdulillah doktor di Putrajaya dari awal ada menunjukkan minat untuk bagi bersalin normal walaupun tidak ada kesungguhan – memadai la diorang bagi juga normal walaupun air ketuban dah kurang, hehehe.
Syaza terus kongsi kegembiraan dekat suami. Nurse dengan MO suruh makan banyak-banyak, sebab rancangnya mereka akan hantar naik LR jam 10 pagi lepas HO datang pecahkan ketuban. Sementara menanti, nurse cadangkan untuk banyakkan lagi berjalan. Syaza pun berjalan keliling wad macam hari sebelum ni. Sempat membawang dengan rakan se-induce!
“Dr ni check sakit tak?”
“Sakit!”
“Kan! Dr semalam ok lagi, yang ini sakit sangat,”
“Ye betul awak. Saya tengok jari dia pendek gemuk. Sebab tu susah nak seluk agaknya,”
Ternyata bukan Syaza je yang rasa MO tadi seluk dengan sangat sakit ya. Semua Mak mengakuinya! Alahai Dr, sila perbaiki your skill please. Sebabnya lepas je Syaza selesai makan semua, HO perempuan datang untuk pecahkan ketuban. Awalnya Syaza skeptikal, jari dia agak pendek and gemuk juga. Tapi dia seluk, tak sakit pun. Lembut. Jadi maksudnya di sini, segalanya tentang skill dan mungkin kebolehan semulajadi? Wallahualam. Hahaha
Semua orang di wad, bermula dari doktor, nurse sampai katil sebelah – nak double confirm dengan Syaza. Betul ke tak de rasa sakit contraction, kan dah 3 cm? Ye takde. Ikut pengalaman Syaza anak sebelum ini, 6 cm baru Syaza rasa sakit! Akak katil sebelah kata, dia 1 cm pun dah berguling macam apa. Setiap badan berbeza-beza kan. Enjoy your birth experience and do not compare! ๐
HO dah prepare nak pecahkan ketuban atas katil di wad. Tiba-tiba nurse datang bagitau yang LR belum bersedia. Maka, postpone sekejap untuk pecahkan ketuban. Dari 10 pagi drag sampai 12 tengahari. Dari kenyang dah jadi lapar semula. Syaza tak lepaskan setiap saat, Syaza akan berjalan keliling wad sampai tiba masa untuk ke LR. Suami pun tunggu je dekat kerusi di wad dan luar wad masa Syaza exercise untuk enhance bukaan rahim.
HO datang sekali lagi lepas solat Zohor, kemudian diiringi MO yang lain (bukan yang pagi tadi).
“Yang ini susah sikit – pangkal rahim dia masih ke belakang,” kata MO kat HO.
“Biar saya yang buat dia,”
Alhamdulillah syukur sebab MO ambil alih untuk pecahkan ketuban. Tapi nurse tetap suruh tunggu sebab katanya 50-50 LR bersedia nak terima kes Syaza. Ah pulak! Kemudian MO suggest, “Kalau macam tu minta pecahkan air ketuban di LR terus,” kenyataan MO dipersetujui atasannya yang ronda wad waktu tu. Kerana menurut beliau, melihat kepada sejarah Syaza VBAC anak kedua dulu, lepas pecah ketuban progress Syaza sangat cepat – masuk LR jam 9 malam dan bersalin 2.30 pagi – dalam masa kurang 8 jam. Jadi dia takut nanti pecah ketuban kat wad dalam keadaan LR belum menerima Syaza, kang terberanak pula kat wad!
Masa berlalu detik demi detik. Jam 3.30 petang, Syaza di hantar ke labour room. Comel je LR dia. Katil pun kecik, kalau meneran memang macam dalam drama – boleh nampak uri keluar semua. Sebab masa di Andorra, katil dia memanjang dan besar. Syaza di minta tukar baju berwarna biru yang macam gown. Jakun sampai pakai terbalik, kena masuk semula toilet untuk pakai balik. Toilet semua dalam bilik air.
Suami solat dalam labour room, Syaza solat sekali atas katil dalam keadaan berbaring. Masa tu CTG semua dah di pasang, pakej sekali drip air, drip pitocin. Antibiotik untuk GBS masih dimasukkan, dekat wad dah 10 botol masuk, kat LR – sekali je.
Seorang doktor berbangsa Cina – seorang perempuan yang sangat comel – datang introduce diri. Dia akan mulakan procedure pecahkan air ketuban. Progress Syaza masih sama, 3 cm – tiada perubahan. “Awak tak rasa contraction?”
“Tak ada Dr,”
“Hmmm susah ini, pangkal rahim awak sangat jauh. Terlalu jauh. Saya tak boleh nak pecahkan ketuban,”
MO Cina Perempuan mengeluh sedikit. Dia masih berkerut memikirkan cara nak pecahkan ketuban.
“Baby awak pun belum fully engaged. Saya masih rasa tangan dia ada di kepala. Saya risau kalau saya pecahkan sekarang, nanti tangan dia atau tali pusat dia keluar dulu,”
Allahuakbar. Risaunya Syaza rasa masa tu. Seram sejuk, huhuhu. Masa di wad, MO semua setuju cakap baby dah fully engaged. Sekarang lain pula. Hurmmm. Sepanjang masa MO Cina Perempuan seluk Syaza, mulut Syaza tak berhenti sebut rabbi yassir wa la tu assir. Sakit dia tak tahu nak cakap macam mana. Dia lembut, tapi sebab dia cuba nak pecahkan ketuban dalam keadaan tangan dimasukkan bentuk huruf J. Can you imagine – betapa jauhnya pangkal rahim Syaza masa tu? Syaza sempat bertanyakan dia sejauh mana rahim Syaza dah lembut dan nipis. Dia kata dah lembut, nipis – cuma masih jauh jalan tu.
“Saya panggil kawan saya sekejap ya,”
Kawannya pun datang, seorang MO berbangsa Melayu – perempuan. Nurse dalam 4-5 orang pakat duduk berhampiran. MO Melayu tu cuba pecahkan ketuban Syaza. Doktor Cina tu sangat comel! Dia duduk sebelah sambil tangan seperti berdoa minta dipermudahkan. MO Melayu seluk – langsung takde rasa sakit ye. Best betul.
Zasssss!
“ALHAMDULILLAH!”
Satu LR Syaza bergembira sebab alhamdulillah jam 4.30 petang, air ketuban berjaya dipecahkan. Doktor Cina sempat berseloroh, dia kata – “Kawan saya ini pakar,” semua orang kat situ gelak ketawa. Padahal sama-sama MO je mereka sebenarnya. Comel. Hahaha
Dos pitocin dinaikkan perlahan-lahan. Dalam jam 6.30 petang Syaza dah mula rasa contraction setiap 3 minit. Doktor janji nak datang check jalan jam 8 malam. Kesakitan yang dirasai sangat intense. Itulah sebelum tu asyik bising je bila nak rasa sakit, hahaha. Tapi takpela, rasa sakit la yang membuatkan baby keluar. Kalau tak sakit, macam mana anak nak keluar kan. Layan je la surges berbekalkan ilmu di dada yang sedikit mengenai breathing technique yang Syaza pelajari. Ianya membantu cuma Syaza rasa agak penat. Besar harapan Syaza agar bukaan dah ada sekurang-kurangnya 5 cm.
MO Cina datang dan terangkan pada Syaza yang dia dah berbincang dengan pakar untuk beri Syaza masa sehingga 8 jam bermula air ketuban dipecahkan. Tapi mereka akan pantau setiap 2 jam sekali. The next 2 hours ialah jam 8.30 malam kejap lagi. Kemudian 10.30 malam. Kalau ada progress, bagus. Jika tiada, czer.
“Ada soalan nak tanya?”
“Takde Dr,”
“Ok saya ingat you nak ubah fikiran nak czer,”
Adoilah, memanjang suruh orang czer – hahaha.
Kat Putrajaya – diorang berkonsepkan pain free hospital. Segala tok nenek ubat tahan sakit termasuk epidural ada. Dari awal Syaza di LR memang semua dah tanya nak epidural atau tak. Syaza cakap belum lagi. Masa anak kedua Syaza ambil pethidine di hujung nak bersalin. Kesannya anak Syaza lahir dalam keadaan tak menangis sebab dia pun mengantuk. Dan Syaza pun tidur sepanjang hari lepas melahirkan. Tak susukan anak dalam 24 jam. Kesian lapar. Syaza fully breastfeed semua anak-anak alhamdulillah. Memang dah bagitahu awal-awal kat nurse jangan bagi any formula kat anak. Jadi masa anak kedua tu dalam 24 jam dia tak dapat susu dan dia pun tidur. Semua gara-gara pethidine. Kali ni Syaza memang tak nak pethidine. Syaza minta nurse nak sedut gas, tapi Syaza tak pandai guna. Leceh betul. Hahaha
Nurse datang dan tengok Syaza dah sakit sangat, lalu dia pun tanya nak dia seluk tak check jalan? Syaza cakap ok la. Check, masih sama 3 cm ye kawan-kawan tapi sakit dia ya ampun, hahahaha. Syaza pun percaya dengan badan Syaza sebab dah rasa penat layan surges, maka minta epidural. Doktor pun terangkan here and there mengenai epi. Jam 8 malam epidural dipasangkan. Menurut doktor bius (seorang lelaki), epidural dah tak berfungsi kalau bukaan di bahagian bawah semakin besar.
Alhamdulillah semua berjalan lancar, selesai epidural bolehlah Syaza bergelak ketawa dengan suami. Cuma Syaza perasan graf contraction makin menurun tak macam sebelum ni. Syaza usha sekejap dos pitocin, dah diturunkan. Panggil nurse, dia kata tak apa nanti mereka perhatikan. Datang pula doktor Cina perempuan tadi, dia naikkan balik dos pitocin sebab katanya tak ada contraction pula. Sebenarnya nurse turunkan dos masa Syaza tengah pasang epidural. Masa dia turunkan je dos, memang sakit tu terus berkurangan. Syaza risau sebab kalau takde contraction macam mana nak ada progress, kan. Alhamdulillah syukur doktor cina tu concern about this. Pasal nurse kata tak apa kan, kita dah risau – huhuhuhu.
Kalau yang belum pernah pakai epidural, mereka akan bagi kita extra dose yang kita boleh tekan in case rasa sakit teramat sangat. Jam 10 malam, nurse datang untuk masukkan dos kedua epidural. Masa tu Syaza dah rasa sakit. Syaza tekan extra dose, tapi tak berfungsi. Syaza memang dah rasa nak berak masa tu! Suruh suami panggil nurse. At that time, bilik LR lain tengah bersorak sorai sambut baby. Dekat luar LR sunyi sepi takde orang. Dua kali suami cari nurse kat luar. Sampai Syaza dah tak tahan and Syaza paksa juga dia cari je lagi.
“Ye nak apa cik?”
“Aaaa isteri saya,”
“Kenapa dengan isteri cik?
“Tak tahu lah,”
Tak tahu lahh? Hahaha. Kita ni dah nak rasa berak aka nak bersalin tau. Rasa dah cukup kuat Syaza tertengking dia suruh cari nurse cepat. Hahaha.
Nurse pun masuk dan seluk. Tanpa banyak soal, dia terus stand by barang sambut baby. Syaza pun, dia dah ada Syaza buatlah teknik untuk breath out baby nak elak tak ada koyakan. Datang nurse tadi dia suruh Syaza PUSH!!!!
“Saya belum rasa sakit,” terus dipusingkan tombol pitocin ke dos maksimum. Mak oi! Dah tak tahu la rasa apa, dia seorang je handle Syaza bersama suami. Disuruhnya push memanjang. Katanya jantung baby dah tak bunyi di CTG. Sampai satu masa Syaza rasa crowning – kepala baby betul-betul di muka pintu faraj. Kemudian datang 4-5 orang nurses lain.
“Aik??? Nak bersalin dah???” semua kaget ya melihat Syaza tiba-tiba nak bersalin, padahal baru 2 jam lepas pasang epidural hahaha
PLOPPPP! Keluarlah seketul Muhammad Zulqarnain, anak ketiga Syaza dan suami merangkap anak lelaki pertama kami. Syaza menangis semahunya sambil sebut Allahuakbar banyak kali. Menangis sebab alhamdulillah dapat lagi VBAC kali kedua. Perjalanan yang pada Syaza sangat intense. Apa yang Syaza kongsikan dekat sini cumalah dalam bentuk tulisan, tak pasti sampai ke tidak untuk korang yang baca. Syaza sangat struggle setiap kali nak beranak sebab Syaza nak normal tak nak czer. Normal memang sakit tapi nak jaga inshaAllah senang dan komplikasi pun tak sebanyak macam czer.
Alhamdulillah semua dah settle. Syaza di minta minum air masak, kalau tak muntah – mereka akan bagi milo dengan biskut. Sebab pakai epidural, ada potensi untuk muntah kalau makan dan minum. Alhamdulillah takde muntah, terus minum milo. Dapat skin to skin dengan Zulqarnain bila dia keluar dari rahim. Terus nurse letak kat Syaza. Nikmatnya masyaAllah. Dapat breastfeed kan dia kejap and then nurse bersihkan dia. Dekat LR tu la masa nurse duk bersihkan dia terus buang air kecil! Hahahaha. Habis basah nurse kena kencing dia. Adoilah anak Ibu ๐
Itulah kisah kelahiran anak ketiga Syaza. Next inshAllah Syaza kongsi pasal anak Syaza yang di pantau sebab Syaza ada GBS positif.
Komenlah kalau dah baca sampai habis or kalau ada soalan nak tanya pun boleh komen tau.