Nak Bersalin Mudah? Amalkan Selawat Ini Setiap Hari.

Bersalin, mesti akan rasa sakit. Bezanya bagi setiap individu ialah macam mana badan kita boleh adapt dengan kesakitan itu. Rasa sakit itulah yang membantu baby boleh keluar dilaluannya. Selain daripada anda kena rajin bersenam bagi ‘menyediakan’ badan untuk proses bersalin, ada amalan kerohanian yang disarankan oleh Tuan Guru Syeikh Zainul Asri bagi membantu mudahkan proses nak bersalin.

Menurut perkongsian Tuan Guru Syeikh Zainul Asri, yang juga pengasas kepada Darsa Fried Chicken – amalan ini hendaklah mula diamalkan sebaik sahaja mendapat tahu dah mengandung. Bila nak dekat je hari bersalin, kerapkan lagi membaca di waktu pagi, tengahari, petang dan malam. Bukan masa nak bersalin baru baca tau. Jadikan ianya satu amalan.

Apakah amalan tersebut? Iaitulah mengamalkan Selawat Masyisyiyyah.

Teks lengkap Selawat Masyi:

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى مَنْ مِنْهُ انْشَقَّتِ الْأَسْرَارُ، وَانْفَلَقَتِ الْأَنْوَارُ، وَفِيْهِ ارْتَقَتِ الْحَقَائِقُ، وَتَنَزَّلَتْ عُلُومُ اٰدَمَ فَأَعْجَزَ الْخَلَائِقَ، وَلَهُ تَضَاءَلَتِ الْفُهُومُ فَلَمْ يُدْرِكْهُ مِنَّا سَابِقٌ وَلَا لَاحِقٌ، فَرِيَاضُ الْمَلَكُوْتِ بِزَهْرِ جَمَالِهِ مُوْنِقَةٌ، وَحِيَاضُ الْجَبَرُوتِ بِفَيْضِ أَنْوَارِهِ مُتَدَفِّقَةٌ، وَلَا شَيْءَ إِلَّا وَهُوَ بِهِ مَنُوْطٌ. إِذْ لَوْلَا الْوَاسِطَةُ لَذَهَبَ كَمَا قِيلَ الْمَوْسُوطُ، صَلَاةً تَلِيقُ بِكَ مِنْكَ إِلَيْهِ كَمَا هُوَ أَهْلُهُ 

اَللّٰهُمَّ إِنَّهُ سِرُّكَ الْجَامِعُ الدَّالُ عَلَيْكَ، وَحِجَابُكَ الْأَعْظَمُ الْقَائِمُ لَكَ بَيْنَ يَدَيْكَ. اَللّٰهُمَّ أَلْحِقْنِيْ بِنَسَبِهِ، وَحَقِّقْنِي بِحَسَبِهِ، وَعَرِّفْنِي إِيَّاهُ مَعْرِفَةً أَسْلَمُ بِهَا مِنْ مَوَارِدِ الْجَهْلِ، وَأكْرَعُ بِهَا مِنْ مَوَارِدِ الْفَضْلِ، وَاحْمِلْنِيْ عَلَى سَبِيْلِهِ إِلَى حَضْرَتِكَ، حَمْلًا مَحْفُوْفًا بِنُصْرَتِكَ. وَاقْذِفْ بِيْ عَلَى الْبَاطِلِ فَأَدْمَغَهُ. وَزُجَّ بِيْ فِيْ بِحَارِ الْأَحَدِيَّةِ. وَانْشُلْنِيْ مِنْ أوْحَالِ التَّوْحِيْدِ. وَأغْرِقْنِيْ فِيْ عَيْنِ بَحْرِ الْوَحْدَةِ حَتَّى لَا أَرَى وَلَا أَسْمَعَ وَلَا أَجِدَ وَلَا أُحِسَّ إِلَّا بِهَا 

وَاجْعَلِ اللّٰهُمَّ الْحِجَابَ الْأَعْظَمَ حَيَاةَ رُوْحِيْ، وَرُوْحَهُ سِرَّ حَقِيقَتِيْ، وَحَقِيْقَتَهُ جَامِعَ عَوَالِمِيْ بِتَحْقِيْقِ الْحَقِّ الْأَوَّلِ. يَا أَوَّلُ يَا اٰخِرُ يَا ظَاهِرُ يَا بَاطِنُ. اِسْمَعْ نِدَائِيْ بِمَا سَمِعْتَ نِدَاءَ عَبْدِكَ زَكَرِيَّا. وَانْصُرْنِيْ بِكَ لَكَ، وَأَيِّدْنِيْ بِكَ لَكَ، وَاجْمَعْ بَيْنِي وَبَيْنَكَ، وَحُلْ بَيْنِيْ وَبَيْنَ غَيْرِكَ. اللهُ، اللهُ، اللهُ. إِنَّ الَّذِيْ فَرَضَ عَلَيْكَ الْقُرْاٰنَ لَرَادُّكَ إِلَى مَعَادِ. رَبَّنَا اٰتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَ هَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا. إِنَّ اللهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ اٰمَنُوا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيمًا

Maksudnya: “Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada orang yang darinya rahsia-rahsia memancar. Darinya cahaya-cahaya semburat. Di dalamnya hakikat-hakikat naik dan pengetahuan Adam mewujud. Sehingga makhluk-makhluk yang lain terpesona. Terhadapnya fikiran terasa kerdil; tidak ada yang sanggup menggapainya dari orang-orang terdahulu hingga orang-orang kemudian. Maka taman-taman malaikat bernyanyi ria dengan keindahannya. Tidak satupun makhluk yang tidak tergantung kepadanya. Karena kalau tidak ada perantara, nescaya mausuth akan lenyap. Berselawatlah dengan selawat yang patut bagi-Mu, dari-Mu kepadanya, sebagaimana ia memang berhak mendapatkannya.

Ya Allah, sesungguhnya dia adalah rahsia-Mu yang universal, yang menunjukkan keberadaan-Mu dan hijab terbesarMu yang berdiri di hadapanMu. Ya Allah, masukkan aku ke dalam kelompoknya. Tariklah aku ke dalam dakapannya. Perkenalkan aku kepadanya. Sehingga aku boleh selamat dari sumber-sumber kebodohan dan boleh meneguk dari mata air keutamaan. Bimbinglah aku di atas jalannya untuk menuju kepada-Mu dengan bimbingan yang dipayungi pertolongan. Kuatkanlah aku untuk menyikut kebatilan sehingga aku bisa mengalahkannya. Luruhkan aku dalam lautan ahadiyyah. Renggutlah keakuanku ke dalam samudera tauhid dan tenggelamkanlah aku ke dalam inti api keesaan, sehingga aku tidak melihat, mendengar, mendapatkan dan merasa kecuali dengannya.

Jadikanlah hijab terbesar pada kehidupan rohku dan rohnya, pada rahosia substansiku dan substansinya untuk sublimasi duniaku dengan keyakinan akan kebenaran yang Haq al-Awwal. Wahai Dzat Yang Maha Awal dan Maha Akhir, Wahai Dzat Yang Dzahir dan Yang Batin, dengarlah seruanku, sebagaimana Engkau mendengar seruan hambaMu Zakariya. Tolonglah aku dengan-Mu dan untukMu. Satukanlah diriku dengan-Mu dan pisahkanlah yang menghalangiku denganMu; Allah, Allah, Allah. Sesungguhnya yang mewajibkan atasmu (melaksanakan hukum-hukum) Al-Qur’an, benar-benar akan mengembalikan kamu ke tempat kembali. Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami. Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”

Syeikh Zainul Asri berkongsi bahawa selepas mengetahui tentang kelebihan selawat masyisyiyyah ini, beliau memberikan kepada isterinya. Alhamdulillah proses bersalin anak bongsu mereka sangat mudah. Malah, ada seorang wanita pernah amalkan juga menceritakan hal yang sama, mudah nak bersalin.

Kepada anda yang sedang mengandung, boleh cuba amalkan. Bagi yang sedang belum mengandung, boleh kongsi tips ini kepada anak, rakan dan keluarga anda untuk diamalkan


Response to “Nak Bersalin Mudah? Amalkan Selawat Ini Setiap Hari.”

  1. Aisya Ismail Avatar

    Semoga dipermudahkan mereka yang nak bersalin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share via
Copy link