Pasar Malam Senggol: Review Filem Agak Laen (2024)

Review Movie Agak Laen Netflix 2024

Movie Agak Laen Cerita Pasal Apa?

UZ tonton movie Agak Laen melalui Netflix. Cerita ni tentang 4 orang sahabat yang buka kedai hantu dekat pasar malam. Sebelum Oki keluar dari penjara, rumah hantu sangat sendu. Orang tak nak masuk sebab tak capai tahap keseraman yang sepatutnya. Ada yang panggil rumah hantu diorang, “RUMAH ORANG MISKIN!” hahaha. Betapa tak seramnya rumah hantu diorang.

And then Oki yang baru keluar penjara, dia nak cari pendapatan sebab Mak dia sakit and perlukan ubat. Mula-mula dia kerja juga kat Pasar Malam Senggol sebagai tempat untuk orang ketawakan (ketawa macam mana, kena tengok sendiri). Dia geram jadi bahan permainan. Jadi dia cari kawan-kawan dia yang 3 orang dekat rumah hantu tu. Tapi kawan-kawan dia tak boleh nak terima dia kerja sebab rumah hantu makin nak bankrap!

Oki sangat bijak, dia ajak kawan-kawan renovate rumah hantu. Tapi kawan-kawan dia kata, mana nak cekau duit. Oki ada idea yang sangat banyak untuk tambahbaik rumah hantu. Kawan-kawannya yang terdiri daripada Bene, Jegel dan Boris pun masing-masing perlukan duit. Ada yang nak duit untuk kahwin, nak bayar hutang and nak masuk askar pun ada. Cuma tu la, rumah hantu dah nak tutup. Jongki sebagai pemilik pasar malam pun nak bagi tapak sewa rumah hantu dekat orang lain pasal diorang tak mampu nak bayar sewa tapak.

Rezeki terpijak, si Oki dapatkan duit untuk mereka ubahsuai rumah hantu. Dapat duit macam mana? Kena tengoklah ceritanya, ok. Diorang pun ubahsuai. Memang naiklah level seram! Tapi dekat sinilah bermulanya plot twist, di mana mereka secara tak sengaja telah melakukan sesuatu sampai melibatkan kes polis. Yang best-nya, plot twist telah menyebabkan mereka mampu untuk majukan rumah hantu! Hihihi

Review Umi Zehraa Tentang Agak Laen

Basically, UZ suka movie Agak Laen. Tak seram langsung, movie yang kelakar! Cuma ending dia mengecewakan, hahaha. Sebab UZ harap ending dia gempak. Geram dengan permulaan kepada plot twist Agak Laen. Kenapalah tak pandai sangat! Huh. Tapi tu la, pengarah yang suruh macam tu kan. Hehehe.

Walaubagaimanapun, CERITA INI TIDAK SESUAI DI TONTON SEISI KELUARGA. Ini pendapat peribadi UZ, yang ada anak kecik bawah 6 tahun. Even kalau nak UZ besar, UZ tak nak kenalkan Agak Laen. Kenapa? Sebab bahasa yang digunakan kasar, kesat dan mencarut. Ada babak yang merepek untuk di tonton. Senang cerita kalau nak tengok, tengok je seorang diri atau ajak pasangan or sesiapa yang dewasa dan boleh fikir baik buruk.

Overall, UZ bagi rate 7/10 untuk movie Agak Laen.

Korang rasa minat tak nak tengok Agak Laen ni? Kalau nak, tengok dekat Netflix tau.

2 Comments

  1. Saya nonton di bioskop waktu itu. Krn teman2 semua bilang lucuuuu sangat. Dan lagi saya memang penggemar berat Ernest Prakasa..JD kebanyakan movie dia pasti saya tonton.

    Tapj jujur kalo lucu, memang lucu, cumaaa tak selucu movie Cek Toko Sebelah 1. Ntah kenapa saya lebih ketawa saat nonton CTS 1 daripada nonton Agak laen. Cuma memang ending dia terlalu biasa ya kak. Setuju ini ga cocok buat anak2 , Krn bahasa yg dipakai kebanyakan kasar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *