Bulan Zulhijjah Tiba: Amalan Yang Digalakkan untuk Buat

Amalan 10 Hari Pertama Zulhijjah

Alhamdulillah, kita dah masuk ke dalam bulan Zulhijjah. Bulan yang sangat istimewa yang mana ia adalah bulan penutup kepada rukun Islam yang kelima iaitu ibadah haji. Dalam Zulhijjah juga kita akan merayakan Hari Raya Aidiladha atau di panggil Hari Raya Korban. Cerita asalnya tentang bagaimana kesanggupan Nabi Ismail rela mengikut perintah Allah SWT untuk menjadi korban yang akan di buat oleh bapanya, Nabi Ibrahim. Kerana kasih sayang Allah SWT, telah digantikan Nabi Ismail dengan kambing / biri-biri. Itulah sejarah ibadah korban yang pertama.

Bayangkan kalau kita kat tempat Nabi Ismail, tiba-tiba abah kita kata nak sembelih kita sebab Allah suruh? Adakah kita sanggup jalankan amanah tersebut atau kita kata abah kita buang tabiat? Kerana itulah, kita bukan Nabi atau Rasul. Kita hanya hamba biasa yang meneruskan legasi untuk mujahadah hawa nafsu sehingga akhir hayat.

Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibnu Abbas R.A, Daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ؟ قَالَ : وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ.

Maksudnya : “Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini-baginda memasukkan: 10 hari terawal Zulhijjah -.”Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?”Baginda bersabda,”Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang  lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.”

Riwayat al-Bukhari (969),Abu Daud (2438),Ibn Majah (1727),al-Tirmizi (757)

Tengok tu, betapa Rasulullah SAW menekankan kepentingan dan kemuliaan 10 hari terawal Zulhijjah ini. Untuk rujukan diri sendiri dan para pembaca, dekat sini UZ nak senaraikan amalan yang sangat digalakkan untuk kita buat bagi menghidupkan 10 hari pertama dalam bulan Zulhijjah yang mulia ini. Antara amalan yang digalakkan adalah:

  1. Memperbanyakkan membaca al-Quran (lebih baik jika khatam)
  2. Bersedekah setiap hari
  3. Puasa sunat bermula dari 1 Zulhijjah hingga 9 Zulhijjah
  4. Memperbanyak zikrullah
  5. Menghidupkan malam sekurang-kurangnya jangan tinggal solat witir 3 rakaat
  6. Mengeratkan silaturrahim

Perlu diingatkan, adalah haram untuk berpuasa pada Hari Raya Aidiladha iaitu 10 Zulhijjah dan hari tasyrik 11 hingga 13 Zulhijjah. Manakala untuk korang yang ada buat ibadah korban, bermula dari 1 Zulhijjah, digalakkan untuk tidak memotong kuku dan rambut serta bulu-bulu yang ada di badan sehingga selesai korban korang itu.

Marilah kita bersama-sama usaha untuk hidupkan amalan di 10 hari terawal bulan Zulhijjah ini.

4 Comments

  1. Assalsmualaikum sis, Alhamdulillah kongsi seerah dan amalan, inshaAllah cuba amalkan. Dah mula zikur ni. Terima kasih sis

  2. Mudah-mudahan kita semua diberi kelapangan dan kesihatan yang baik untuk beramal dalam 10 hari pertama Zulhijjah tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *