Buku Kotak Viral Galeri Ilmu

viral box galeri ilmu pesta buku

Tahun 2024, UZ tak rasa nak menapak pergi pesta buku seperti tahun sebelum. Mengenangkan ramainya lautan manusia, tak sanggup nak redah. And satu lagi, apa yang UZ perasan ialah akhir-akhir ini lebih banyak jenis karya daripada penulis yang tak tahu datang dari mana bersama penulisan yang tiada jiwa. Pempengaruh tak terkecuali. Pesta buku lebih kepada untuk hype je sekarang ini. Selebihnya kalau nak grab buku yang berkualiti, kita pergi kedai buku je la, hahaha.

Nak dijadikan cerita, dalam pada tak nak pergi tertarik dengan tawaran yang di buat oleh Galeri Ilmu! Ternampak offer mereka yang menawarkan pembelian kotak viral dengan harga RM30 je weh. Dalam tu mereka akan memuatkan buku secara rawak sekitar 10 hingga 16 buku. Bergantung nasib kalau grab kotak viral mereka melalui online. Siapa yang walk in sendiri dekat reruai mereka di pesta buku, boleh pilih buku sendiri.

Jadi berbekalkan tawakal, UZ order je melalui online. Tak kuat nak tolak offer! Kalau ikutkan mereka kata pembungkungsan kotak viral buku akan di buat sebaik sahaja pesta buku habis, dan buku di beri secara rawak sahaja. UZ hanya tawakal, apa pun buku yang dapat. Anggap je seolah-olah ‘Allah yang gerakkan hati mereka untuk pilih buku sesuai bagi UZ’. Begitulah.

Alhamdulillah, sehari je dah sampai kotak buku. Laju! Pesta buku pun belum habis. Ya Allah teruja betul nak unbox. Berat betul kotaknya. UZ tergamam bila dapat tahu ada 10 buah buku dalamnya dan semuanya tersangatlah best. Paling UZ suka, ada 4 buah buku travelog. Macam tahu je UZ memang suka baca travelog :’)

Kemudian ada buku Ustaz Pahrol juga! Seterusnya buku berkaitan diet dan kesihatan. Bolehlah UZ baca untuk menambah info di Vitamin Syaza. Selebihnya ialah buku berkaitan keagamaan. Sesungguhnya inilah buku yang ‘Allah dah pilihkan’ untuk UZ. Kalau beli tanpa offer, total bagi kesemua buku ialah hampir RM300. MasyaAllah.

UZ senaraikan tajuk buku-buku yang alhamdulillah UZ dapat:

  1. Nota Pasca Haji oleh Roza Roslan dan Prof Kamil
  2. Celik Mata Hati oleh Ustaz Pahrol Juoi
  3. Amirul Budak Sudan oleh Roza Roslan
  4. Coconut Shake Satu! oleh Fedtri Yahya
  5. DIA Mahu Daku Ke Sana oleh Roza Roslan
  6. Diet Bukan Mitos oleh Ruqayyah Mohd
  7. 8 Langkah Memahami Bid’ah oleh Ustaz Muhadir Haji Joll
  8. 50 Pencerahan Isu Jenazah dan Kubur oleh Ustaz Muhadir Haji Joll
  9. Bukan Sekadar Resepi: Aroma Antara Benua oleh Roza Roslan
  10. Amalan Seumur Hidup oleh Ustaz Muhadir Haji Joll
  11. 40 Hadis Mukhtashar Ibnu Abi Jamrah oleh Muhammad Fahmi Mohamed Amin Al-Azhari & Muhammad Hosnee Zainal Abidin Al-Azhari

Sekarang masa untuk membaca sampai habis! Kotak viral ini dah pun sold out, korang. 🙂

Kongsikan di ruangan komen, jika korang pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024, buku apa yang korang sempat grab?

6 Comments

  1. Assalamualaikum, tawaran bagus kotak viral tu, nampak buku bermanfaat, tak sempat pergi pesta buku, biasa grab buku masak baru ni buku jimmy Oliver, masakan ringkas.

    • Waalaikummussalam. Yer betul tu, tawaran yang bagus. Alhamdulillah syukur di beri buku bermanfaat oleh-NYA. Wah best tu Chef Jamie!

  2. Dulu kalo big bad wolf sedang pameran di jakarta, saya selalu datang, pakai koper biar bisa beli banyak. Tp skr ini, dah tak nak. Lebih suka cari buku bekas di beberapa toko barang bekas di jakarta. Krn saya banyaaaak menemukan buku2 lama yg sudah tak jual lagi di bookstore. Makanya THN lalu sempat borong banyak buku bekas yg memang saya lama cari lah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *