Mata aku tertarik dengan cover novel Perempuan Busana Merah. Cerita hantu ek ni, uu. Aku memang suka baca cerita-cerita hantu. Kena beli ni. Memandangkan penulis dia ialah Ramlee Awang Murshid, of course lagi ada sebab kena beli sekarang jugak! Penulis popular tu. Siri Laksamana Sunan dia penuh kat rumah aku, hahaha. Bukan tu je, aku tertarik sekali dengan tagline novel iaitu dia kata perempuan busana merah bukan hantu and bukan juga syaitan.
“Habis tu kau apa?” getus suara hatiku. Rasa ingin tahu yang membuak-buak membuatkan aku terus capai novel terbaharu Ramlee Awang Murshid itu. Hanya dengan jumlah 222 muka surat sahaja, berjaya aku habiskan dalam masa satu hari setengah. Maklumlah, ada askar kat rumah, ambil masa sikit nak baca buku. I am a slow reader pulak tu. Dalam entri ini aku nak review pendapat aku pasal novel ini.
Sinopsis Novel
Mukmin ditugaskan sebagai seorang guard kat sebuah rumah agam di area Kundasang, Sabah. Seorang perempuan yang berpakaian warna merah yang tidak boleh di lihat oleh mata kasar manusia kecuali Mukmin je yang nampak. Dikatakan perempuan itu terperangkap dalam rumah tersebut. Pertemuan misteri ini telah menjemput bencana. Perempuan berbusana merah itu meminta pertolongan Mukmin untuk bantu dia keluar dari situ. Bila berjaya bawa keluar, Mukmin rupanya sedang di buru bencana yang lagi dasyat. So, kat sini berjaya atau tidak Mukmin mengharungi cabaran dan misteri dengan perempuan itu?
Jeng, jeng, jeng…
Review Aku Tentang Novel Ini
So macam aku cakap kat introduction tadi, aku beli novel ni sebab aku curious perempuan ni apa benda sebenarnya. Dah kalau hantu bukan, syaitan pun bukan. Baguslah tagline dia mengundang. Sebab aku assume novel ni macam cerita hantu. Tapi awal-awal lagi RAM dah pangkah and kata dia bukan hantu! Actually novel ni dia combination kepada seram, thriller, kelakar and dalam masa sama mendidik. Well, RAM mesti akan ada unsur keagamaan dan nasihat kepada pembaca.
Masa aku baca, aku ingat aku dah power boleh tahu ending dia. Tapi masa tu aku dah pelik, sepatutnya itulah ending dia. Aku belek muka surat novel ni, eh kenapa macam ada lagi mukasurat. Bukan patut ni ke ending dia, hmmmm
Rupanya aku tersilap! Ada plot twist dalam plot twist weh. Ingat dah pandai la nak rungkaikan plot twist, tidak ku sangka RAM lagi pandai twist kan penulisan dia, hahahaha. Jadi korang memang takkan expect ending dia sampai macam tu sekali. Sejujurnya, masa baca tu aku terbayang siri Stranger Things yang kat Netflix tu. Hehehe
Itulah ulasan aku pasal novel ini. Jadi kalau korang berminat dengan novel yang santai, boleh habiskan sekejap je and at the same time bagi korang goosebump, bolehlah cuba dapatkan novel terbaru Ramlee Awang Murshid ni ok. Memang baru sangat, April 2024 dia keluarkan this novel.
Happy reading and boleh komen kat bawah, novel cerita seram apa yang korang suggest aku untuk baca lepas ni? Thanks in advance!